Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.nang] | بنڠ

Definisi : 1. tali halus drpd kapas, sutera, dll yg digunakan utk menjahit atau menenun; 2. = ~ skru geligir berpilin pd skru; ~ arang benang yg dihitamkan utk membuat garis lurus (dipakai oleh tukang kayu); ~ emas benang berupa dawai halus yg berwarna spt emas utk menyulam atau menenun; ~ mentah benang yg belum dipintal; ~ nanas benang yg dibuat drpd serat nanas; ~ pakan benang pd torak tenun; ~ pancarona benang yg berwarna macam-macam; ~ raja pelangi; ~ sari a) bahagian yg menghubungkan stigma dan rahim bunga; b) = ~ serbuk Id tangkai tempat sari (serbuk bunga); bagai ~ dilanda ayam prb kusut masai; menegakkan ~ basah prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil berhasil; melanggar ~ hitam prb melanggar pantang larang, melanggar adat resam; sehari selembar ~, lama-lama jadi kain prb sedikit demi sedikit lama-lama berhasil juga;berbenang 1. mempunyai benang; 2. mempunyai benang skru;membenang 1. merupakan benang; 2. ki tidak putus-putus, bersambung-sambungan, beraturan; 3. = membenangkan membuat benang skru;pembenangan perihal atau perbuatan membuat benang (skru);pembenang (Kej) alat utk membuat benang skru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.nang] | بنڠ

Definisi : 1 tali halus drpd kapas dsb yg dipintal dan digunakan utk menjahit atau utk menenun kain. 2 = ~ skru bahagian skru yg timbul dan berbelit-belit. ~ arang benang yg dihitamkan utk membuat garisan lurus (digunakan oleh tukang kayu). ~ emas benang halus berwarna emas yg digunakan utk menyulam atau utk menenun. ~ nanas benang yg dibuat drpd serat nanas. ~ sari bahagian bunga yg menghubungkan stigma dgn rahim bunga. bebenang sesuatu yg menyerupai benang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benang

Puisi
 

Usik dayang mengatih benang,
     Benang kusut terlalulah susah;
Kalau tuan mengaku menang,
     Biarlah saya mengaku kalah.


Lihat selanjutnya...(69)
Peribahasa

Bersahabat dengan juara,
     selilit benang bulang tahu juga.

Bermaksud :

Apabila jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. benang bulang = benang pengikat taji ke kaki ayam yang akan disabung.

 

Lihat selanjutnya...(27)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
buburan tersebut. (KEJ) film (filem) Lapisan nipis dan lapisan nipis bahan yang peka terhadap cahaya dan digu- nakan dalam fotografi dan radiografi. (UBAT) filoplasmodium (filoplasmodium) Pseudoplasmodium yang mengandungi struktur bak benang seperti pada Labyrinthulales. (BIO) filopodium (filopodium) Unjuran atau apendaj bak bebenang yang terdapat pada pseudoplasmodium. (BIO) filament winding filopodium Kamus Sains.indb 340 7/8/08 11:49:17 AM nakan air. (KIM) filter medium (bahantara turas) Sebarang bahan boleh telap yang membolehkan zarah bahan yang dituras me- lekat semasa proses penurasan. (KEJ) filum terminale (filum terminale) Struktur halus seperti benang yang menganjur dari hujung korda spina. Struk- tur ini memanjang dari konus medularis sehingga ke apeks kantung dura, iaitu tempat struktur ini bercantum semula dengan filum dura mater. Struktur ini

Kembali ke atas