Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benar-benar ada

Puisi
 

Encik Daud pulang dari pekan,
     Sampai hilir mudik ada;
Benar diraut yang mana ikan,
     Di mana pokok di situ ada.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Mana ada buluh tidak berbuku?

Bermaksud :

Tak ada sesuatu yang sempurna benar.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
statementpernyataanMatematikTiadaSejenis ayat yang sama ada benar atau palsu, tetapi bukan kedua-duanya. Contoh pernyataan: 2 kurang daripada 4. (benar). 2 kurang daripada 1. (palsu). Contoh ayat yang bukan pernyataan: Adakah segi tiga itu mempunyai sudut tegak? (bentuk soalan) Cantiknya segi tiga itu! (bentuk seruan)
legendlegendaKesusasteraanTiadaCerita yang memerikan secara berlebih-lebihan tokoh tertentu yang benar-benar wujud. Tokoh terdiri daripada ulama, wali, pemimpin, pahlawan atau wira yang popular. Legenda merupakan salah satu jenis sastera rakyat yang tersohor, dan sering kali dikaitkan dengan �tanda alam� di tempat berlakunya peristiwa penting yang diceritakan. Unsur luar biasa dan misteri menjadi ciri penting dalam legenda. Cerita legenda berlatarkan masa yang lebih hampir dengan cerita kontemporari, dengan latarnya sering dirujuk. Oleh itu, legenda merupakan satu-satunya genre cerita rakyat yang hidup dan terus dicipta. Legenda hampir sama dengan mitos, disampaikan dengan bahasa yang bersahaja, kadang-kadang bersifat stilistik dan formulaik, walaupun dicipta secara lisan. Namun sifat-sifat lisan tetap ada, contohnya unsur perulangan. Legenda boleh disampaikan oleh sesiapa sahaja dan tidak dihubungkan dengan sesuatu acara khas. Legenda berbentuk longgar, tidak memperlihatkan struktur atau plot yang tipikal dan hampir kesemuanya berbentuk prosa. Legenda ialah cerita yang dianggap benar oleh masyarakat kerana cerita ini sering dikaitkan dengan sistem kepercayaan setempat. Namun, legenda bersifat lebih profan berbanding mitos. Legenda yang popular ialah legenda keramat seperti �Keramat Lebai Kader�, �Kerama Kubur Panjang�, dan �Mahsuri�. Legenda tokoh diperlihatkan melalui cerita �Mat Salleh�, �Tok Janggut�, �Puteri Saadong�, dan legenda pendosa seperti �Si Tanggang� dan �Malim Kundang�.
anecdoteanekdotKesusasteraanTiadaNaratif ringkas tentang sesuatu perkara yang dianggap benar-benar berlaku dalam sejarah kehidupan seseorang tokoh. Anekdot biasanya wujud dalam penulisan biografi, esei, dan ucapan tertentu. Anekdot bertujuan untuk memperincikan perwatakan seseorang dan memberikan penekanan kepada sesuatu idea yang abstrak agar lebih konkrit dan mudah difahami. Tema dan plot sesuatu anekdot biasanya ringkas dan mudah. Kebanyakannya mengandungi mesej yang bersifat didaktik, ironi, dan sindiran. Ada kalanya anekdot penuh dengan kisah lucu dan menghiburkan hati pembaca. Dalam kesusasteraan Melayu, terdapat anekdot tentang tokoh sejarah tertentu dalam karya sastera bercorak sejarah. Contohnya dalam Sejarah Melayu terdapat anekdot tentang Tun Perak, Tun Mutahir, Tun Fatimah, sultan, pembesar, dan watak lain. Kisah �Tun Mai Ulat Bulu� belajar mengaji dengan Makhdum Sadar Jahan merupakan salah satu anekdot lucu yang menarik. Anekdot lucu juga boleh ditemui dalam cerita �Pak Kaduk� dan �Lebai Malang�.
Boolean expressionungkapan BooleanTeknologi MaklumatPerisianUngkapan yang menghasilkan nilai sama ada benar atau palsu dan juga 1 atau 0. Ungkapan melibatkan pemboleh ubah Boolean, pemalar, operasi Boolean dan logik Boolean. Contohnya, Y=A.B+A.B melibatkan operasi AND dan OR. Operasi AND diwakili oleh simbol ‘ . ’ dan operasi OR diwakili oleh simbol ‘ + ’. Y merupakan output bagi mewakili ungkapan Boolean (A.B+A.B) manakala A dan B merupakan input pemboleh ubah Boolean. Lihat juga logik Boolean.
validitykesahanMatematikTiadaSifat pada sesuatu hujah yang sama ada sah atau tidak sah. Sesuatu hujah dikatakan sah sekiranya apabila premisnya benar, kesimpulannya benar juga. Sesuatu hujah tidak sah sekiranya wujud situasi premis benar tetapi kesimpulan palsu. Lihat juga hujah.
Boolean algebraalgebra BooleanTeknologi MaklumatPerisianAlgebra yang dicipta oleh George Boole pada tahun 1854. Algebra ini berbeza daripada algebra biasa. Algebra ini menerangkan peraturan yang membolehkan pemalar dan pemboleh ubah menerima dua nilai, sama ada benar atau palsu dan juga 1 atau 0 bagi menggambarkan beberapa perwakilan. Algebra menjadi sandaran kepada komputer digital beroperasi. Peraturan yang membolehkan pemalar dan pemboleh ubah ini digabungkan dikenali sebagai logik Boolean. Lihat juga logik Boolean.
performativeperformatifKesusasteraanTiadaSebahagian daripada kaedah mengklasifikasikan ayat. Performatif diperkenalkan oleh ahli falsafah J.L. Austin dan dianggap penting dalam teori aksi pertuturan. Performatif berbeza daripada konstatif, iaitu ayat deklaratif yang memperkatakan tentang situasi, sama ada benar atau salah. Contohnya, �Dr. Mahathir ialah Perdana Menteri Malaysia�. Perfomatif bukan sahaja menyatakan sesuatu tetapi turut melakukan sesuatu secara verbal. Contohnya, �Saya berjanji akan membayar balik wang awak esok�. Dalam performatif, isu penting bagi ayat bukan kebenarannya tetapi keberkesanan ayat itu meyakinkan pendengaran. Teori aksi pertuturan juga digunakan untuk mengkaji sesuatu ayat dalam karya sastera.
XNORXNORTeknologi MaklumatPerisianOperasi logik yang dikenali sebagai eksklusif NOR. Operasi ini melibatkan dua operan yang hanya menghasilkan nilai benar jika kesemua operan mempunyai nilai yang sama, sama ada nilai benar (kesemuanya 1) atau palsu (kesemuanya 0). Contoh Jadual Kebenaran bagi logik XNOR adalah seperti yang berikut: Rajah 8: Jadual Kebenaran bagi logik XNOR
imitationpeniruanKesusasteraanPuisiProses penciptaan puisi yang mencitrakan sesuatu imej berhubung dengan alam atau sesuatu objek. Ini bermakna setiap citraan yang dapat dikesan oleh pembaca dalam sesuatu diksi, rangkai kata ataupun ayat itu ada rujukan atau hipogramnya yang sebenar, bukannya semata-mata ilusinya. Contohnya, puisi Dharmawijaya yang berjudul "Kampung Talang" ataupun "Balada Gadis Tani". Walau bagaimanapun citraan yang berupa tiruan alam dalam puisi "Kampung Talang" itu bukanlah benar� benar sama dengan segala yang ada di kampung itu.
effective hydraulic conductivitykekonduksian hidraulik efektifHidrogeologiTiadaKemampuan tanih atau batuan yang tak tepu untuk meneruskan air atau cecair lain. Ini ialah kadar pengaliran air melalui suatu medium berliang yang mengandungi lebih dari satu bendalir, dan harus ditentukan mengikut jenis dan kandungan bendalir dan tekanan yang sedia ada (USGS). Cecair ini harus bergerak melalui dan dalam badan yang mengelilingi titik sentuh butiran batuan, kerana ruang antara yang lebih besar sebahagiannya terisi udara atau gas lain dan bukan cecair. Oleh itu, untuk air, kekonduksian bertambah dengan kandungan lengas, dari sifar pada bahan yang benar-benar kering hingga paras maksimum sama dengan kekonduksian hidraulik tepu. (Dimensi: LT-1) Ruj.: Lohman drr. 1972 Sin.: kekonduksian rerambut, ketelapan efektif, ketelapan nisbi
123

Kembali ke atas