Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.cah] | بنچه

Definisi : tanah yg berlumpur, paya: banyak sekali ~ di pantai sebelah Barat; sawah ~ sawah yg diairi;berbencah, berbencah-bencah berpaya(-paya): tanah di belakang rumahnya ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ben.cah] | بنچه

Definisi : tanah yg berair dan berlumpur: Mereka berusaha menambak ~-~ di kawasan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bencah

Peribahasa

Mengungkit batu di bencah.

Bermaksud :

Melakukan pekerjaan yang berat dan sukar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANAH BENCAH

Tanah bencah ialah sebuah kawasan tanah yang

aras airnya kekal hampir atau di atas permukaan

tanah selama hampir sepanjang tahun.

Tanah bencah meliputi kira-kira enam peratus

daripada permukaan tanah bumi. Ia menampung

pelbagai jenis haiwan dan kehidupan tumbuh-tumbuhan

dan merupakan satu daripada ekosistem

dunia yang paling produktif (subur) dari segi biologi.

Tanah bencah pantai, muara dan kukup ialah tempat

bertelur dan pembiakan yang penting bagi ikan dan

kerang-kerangan. Tanah bencah juga berupaya

menyaring keluar keseluruhan pencemaran dalam air

seperti virus daripada kerja kumbahan atau logam

berat daripada loji industri.

UMUM 
TEH LABRADOR

Teh Labrador ialah nama bagi enam spesies

tumbuhan malar hijau yang kecil dalam famili

heather . Ia tumbuh di kawasan bencah di Eropah

Utara, di utara dan subartik Amerika Utara, dan

Greenland. Daunnya mempunyai bahan narkotik

yang tidak kuat dan digunakan sebagai teh dan

sebagai ganti hop untuk membuat bir. Tanin, yang

digunakan untuk menyamak kulit haiwan, juga

datangnya daripada daun ini.

Pengelasan saintifik. Teh Labrador adalah anggota

famili heath, Ericaceae. Ia tergolong dalam genus Ledum.

Lihat juga Bunga (gambar: Bunga di hutan jarang

dan hutan).

UMUM 

Kembali ke atas