Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.ci] | بنچي

Definisi : tidak suka: ada orang yg ~ melihat kita aman damai dlm rumah tangga;berbenci-bencian saling membenci: perasaan bermusuh-musuhan dan ~;membenci benci akan, tidak menyukai: saya rasa saya ~nya lebih drpd saya menyukainya; benci-membenci saling menaruh perasaan benci terhadap satu sama lain: sikap ~ ini memang ditegah oleh Islam; apabila kasih telah terjalin, hilanglah rasa ~ antara satu sama lain; kebenci Mn ubat dll utk menjadikan benci: dicarikannya pekasih atau ~ kian kemari, dituntutnya ilmu sihir kpd dukun-dukun yg pandai;kebencian 1. perihal benci (rasa, sifat benci): lama-lama ~ itu hilang begitu saja; 2. sesuatu yg dibenci;pembenci 1. orang yg membenci; 2. sesuatu utk membuat orang benci: ubat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ben.ci] | بنچي

Definisi : (berasa) tidak suka; sangat-sangat tidak suka: Saya ~ akan sikapnya yg suka mengeji. membenci tidak menyukai; tidak suka kpd: Kerana perangainya yg buruk, banyaklah orang yg ~nya. kebencian 1 rasa atau sifat benci: ~nya terhadap kawan-kawan tidak pernah wujud. 2 yg dibenci: Memungkiri janji merupakan ~nya. pembenci 1 orang yg menaruh perasaan benci; orang yg membenci: Dia memang ~ peperangan. 2 sesuatu yg digunakan utk menimbulkan perasaan benci: ubat ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benci

Puisi
 

Pohon geti bunga serangkul,
     Ambil galah tergawang-gawang;
Kalau benci khabarlah betul,
     Tidaklah kami berulang-ulang.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Berulat mata melihat.

Bermaksud :

Sangat benci. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai melihat ulat).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
abhorrencen revulsion, /perasaan benci, kebencian/ (yg amat sangat); hold st in ~, /amat, sangat/ benci akan sst, benci sekali akan sst, sangat membenci sst.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
distasten rasa benci: she looked at the hotel room with ~, dia memandang bilik hotel itu dgn rasa benci; have a ~ for, benci akan: to have a ~ for manual work, benci akan kerja kasar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
abhorvt /amat, sangat/ /benci akan, membenci/, benci sekali akan: to ~ violence, amat membenci keganasan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
loathevt /benci, meluat/ [v], /benci, meluat/ + approp prep [n ]: she was seasick and ~d the sight of food, dia mabuk laut dan benci melihat makanan; they ~ her because of her nasty ways, mereka meluat padanya krn perangainya yg buruk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
detestationn strong hatred, kebencian, sangat benci: he had nothing but ~ for war, dia sangat benci akan peperangan; hold /so., st/ in ~, benci akan /sso, sst/, menaruh kebencian thdp /sso, sst/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
detestvt hate, a. (foll by n) sangat benci akan: he ~ed all forms of violence, dia sangat benci akan segala bentuk keganasan; b. (foll by v) sangat benci: he ~s going to cocktail parties, dia sangat benci pergi ke majlis-majlis koktel;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
vice versaadv begitu juga sebaliknya, [or various translations]: she dislikes her brother, and ~, dia benci akan abangnya dan begitu juga sebaliknya or dia benci akan abangnya dan abangnya juga benci akan dia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ill feelingn perasaan benci: it was a remark calculated to arouse ~, kata-kata itu sengaja diucapkan utk menimbulkan perasaan benci.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
abominatevt membenci, benci akan: to ~ cruelty to animals, membenci kekejaman thdp haiwan; he ~s opera, dia benci akan opera.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
contemptn rasa benci, kebencian: his ~ for foreigners was quite obvious, rasa bencinya thdp orang asing ketara sekali; ~ of court, (leg.) penghinaan mahkamah; beneath ~, sangat /hina, keji/; bring /so., st/ into ~, menyebabkan /sso, sst/ dipandang hina; deserve ~, patut /dikeji, dihina/; feel ~ for, benci akan, berasa benci thdp; hold in ~, memandang hina: I hold such conduct in ~, saya memandang hina kelakuan spt itu; show ~ for (danger, rules, etc) tdk /mengendahkan, menghiraukan/ (bahaya, peraturan, dll).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas