Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.da] | بندا

Definisi : 1 sesuatu yg tidak diketahui benar-benar; apa-apa saja yg dikira secara umum; barang: Apa ~nya yg engkau bawa itu? 2 barang-barang yg berharga; harta: Arwah ayahnya tidak meninggalkan ~ apa jua pun. 3 segala yg berbentuk dan dpt dilihat serta dipegang; lwn roh. ~ hidup segala benda yg bernafas atau yg dpt bergerak. ~ mati segala benda yg tidak bernafas atau tidak bergerak. kebendaan 1 apa-apa yg berupa atau yg bersifat benda; yg mengenai benda. 2 yg bersifat mementingkan harta benda: golongan yg terlalu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benda

Puisi
 

Apa benda dalam pasu,
     Rebus ketupat jadi batu;
Kalau berniaga kongsi bisu,
     Jangan untung rugi tak Berniaga/untung


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kain pendinding miang,
     wang pendinding malu.

Bermaksud :

Segala sesuatu hendaklah digunakan pada tempatnya, supaya dapat mengambil faedah daripada benda-benda itu.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
ekofakbenda-benda alam tinggalan zaman prasejarah spt tulang binatang, cangkerang atau kulit siput yg digunakan oleh manusia pd masa ituKamus Dewan Perdana
epidiaskopprojektor utk menayangkan gambar benda-benda legap atau lut sinarKamus Dewan Perdana
epitetperkataan atau frasa kata sifat yg menunjukkan ciri-ciri khusus sso atau benda tertentu dan akhirnya menjadi nama julukan kpd orang atau benda yg berkenaan, mis spt yg terdapat dlm frasa “Hang Jebat Derhaka” dan “ Richard the Lion-Heart”Kamus Dewan Perdana
elipsoidbenda tiga dimensi yg terhasil apb sst elips diputar mengelilingi salah satu paksinyaKamus Dewan Perdana
ekafungsi(bkn benda, alat, sistem dll) mempunyai satu fungsiKamus Dewan Perdana
epitomeorang atau benda yg merupakan contoh atau teladan yg unggul bagi sst, sama ada dr segi kualiti, kelas dsbKamus Dewan Perdana
bererak(bkn sekumpulan orang atau benda) bergerak sedikit-sedikitKamus Dewan Perdana
elektriktenaga yg diperoleh drp tindakan kimia atau benda bergeser yg dapat menghasilkan haba, cahaya, gerakan dsb utk digunakan pd mesin, lampu, televisyen dsbKamus Dewan Perdana
ekskavasihal atau kegiatan penggalian yg dilakukan utk mendapatkan maklumat ttg benda zaman purbakalaKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas