Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.da] | بندا

Definisi : 1 sesuatu yg tidak diketahui benar-benar; apa-apa saja yg dikira secara umum; barang: Apa ~nya yg engkau bawa itu? 2 barang-barang yg berharga; harta: Arwah ayahnya tidak meninggalkan ~ apa jua pun. 3 segala yg berbentuk dan dpt dilihat serta dipegang; lwn roh. ~ hidup segala benda yg bernafas atau yg dpt bergerak. ~ mati segala benda yg tidak bernafas atau tidak bergerak. kebendaan 1 apa-apa yg berupa atau yg bersifat benda; yg mengenai benda. 2 yg bersifat mementingkan harta benda: golongan yg terlalu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benda

Puisi
 

Apa benda dalam pasu,
     Rebus ketupat jadi batu;
Kalau berniaga kongsi bisu,
     Jangan untung rugi tak Berniaga/untung


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kain pendinding miang,
     wang pendinding malu.

Bermaksud :

Segala sesuatu hendaklah digunakan pada tempatnya, supaya dapat mengambil faedah daripada benda-benda itu.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
tukaranexchangeProses memberikan sesuatu benda kepada seseorang dan menerima sesuatu benda lain yang sama nilainya.Sekolah Rendah
kaedah unitariunitary methodKaedah pengiraan untuk mencari nilai bagi beberapa benda dengan terlebih dahulu mencari nilai untuk satu benda. Lihat ContohSekolah Rendah
kumpulangroupKelompok benda. Lihat ContohSekolah Rendah
magnitudmagnitude1. Saiz sesuatu benda. 2. Panjang garis yang mewakili satu vektor.Menengah Atas
objekobjectBentuk, rajah atau benda asal dalam pelbagai transformasi.Menengah Rendah
pecahanfractionBahagian daripada satu benda, sesuatu kumpulan atau nombor. Lihat ContohSekolah Rendah
modalcapitalWang atau harta benda yang digunakan sebagai asas untuk memulakan perniagaan.Sekolah Rendah
lajurcolumnSusunan nombor atau benda secara menegak. Lihat ContohSekolah Rendah
barisrowSusunan nombor atau benda secara melintang. Lihat ContohSekolah Rendah
dozendozenUnit untuk perhitungan bilangan benda atau objek yang bersamaan dengan 12. Contohnya, 12 batang pensel bersamaan dengan 1 dozen pensel.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas