Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.da] | بندا

Definisi : 1 sesuatu yg tidak diketahui benar-benar; apa-apa saja yg dikira secara umum; barang: Apa ~nya yg engkau bawa itu? 2 barang-barang yg berharga; harta: Arwah ayahnya tidak meninggalkan ~ apa jua pun. 3 segala yg berbentuk dan dpt dilihat serta dipegang; lwn roh. ~ hidup segala benda yg bernafas atau yg dpt bergerak. ~ mati segala benda yg tidak bernafas atau tidak bergerak. kebendaan 1 apa-apa yg berupa atau yg bersifat benda; yg mengenai benda. 2 yg bersifat mementingkan harta benda: golongan yg terlalu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benda

Puisi
 

Apa benda dalam pasu,
     Rebus ketupat jadi batu;
Kalau berniaga kongsi bisu,
     Jangan untung rugi tak Berniaga/untung


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kain pendinding miang,
     wang pendinding malu.

Bermaksud :

Segala sesuatu hendaklah digunakan pada tempatnya, supaya dapat mengambil faedah daripada benda-benda itu.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Untuk soalan-soalan (1) & (2) di bawah, yang manakah betul? 'boleh kamu lihat' atau 'kamu boleh lihat? (1) Apakah benda-benda lain yang boleh kamu lihat di dalam hutan? (2) Apakah benda-benda lain yang kamu boleh lihat di dalam hutan?Ayat yang gramatis ialah Apakah benda-benda lain yang boleh kamu lihat di dalam hutan?Tatabahasa21.12.2011
apa perbezaan personafikasi dan hiperbola ?

Personafikasi bermaksud memberikan sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang atau benda-benda yang abstrak.

Hiperbola  bermaksud gaya bahasa yang berlebih-lebihan dengan menggunakan metafora atau kiasan yang melampau. Hiperbola digunakan untuk melahirkan kesan kelucuan atau menegaskan sesuatu fakta dalam sesuatu situasi. Biasanya hiperbola terdapat dalam puisi dan drama cinta.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk https://prpm.dbp.gov.my/

Lain-lain19.08.2022
Apakah benda-benda yang menggunakan penjodoh bilangan pucuk, bidang dan laras? Sila berikan beberapa contoh...

Tuan,

Pucuk :penjodoh bilangan bagi surat.  Misalnya,  dia terima sepucuk surat daripada sahabatnya.

Laras: penjodoh bilangan (bagi senapang), pucuk: kami membawa tiga laras senapang patah.

Bidang: penjodoh bilangan bagi benda yang luas (seperti tanah dsb):  sebidang tanah Pak Ali telah dijual kepada Pak Karmun.

    Sekiranya tuan ingin melihat beberapa penjodoh bilangan yang lain, tuan boleh merujuk Kamus Dewan.

Tatabahasa15.04.2009
Sebatang paku atau sebilah paku. Yang mana satu betul? Tolong beri penjelasan. Begitu juga dengan sebilah kapak, sebatang cangkul. Terima kasih atas pertolongan.Jawapan yang betul ialah sebatang paku, batang - penjodoh bilangan untuk benda-benda yang panjang seperti rokok dan cangkul, manakala bilah - penjodoh bilangan untuk benda-benda yang tipis dan panjang seperti pisau, keris dan pedang. Lazimnya dalam penggunaan harian sebatang paku yang digunakan.Tatabahasa26.08.2010
Bolehkah 'mereka' digunakan utk menggantikan 'their' bagi benda-benda bukan manusia, seperti "septicaemia - the presence in the blood of large numbers of bacteria and their toxins" diterjemahkan " kewujudan bilangan besar bakteria dan toksin mereka di dalam darah."'Mereka' ialah kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan benda. Dalam konteks ayat yang diberikan, perkataan septisemia digunakan untuk menggantikan perkataan mereka. Tatabahasa31.03.2011
Apakah wujud Perbezaan maksud antara 'bekalan elektrik' dan 'tenaga elektrik'Bekalan ialah benda-benda yang digunakan dan dalam konteks ini benda yang digunakan ialah tenaga elektrik. Kedua-duanya boleh membawa maksud yang hampir sama.Makna20.06.2016
Penjodoh bilangan untuk sikat, pemotong kuku dan benda-benda kecil yang mempunyai bentuk yang tidak seragam. Tolong jelaskan penjodoh bilangan dan fungsinya.Penjodoh bilangan bermakna perkataan yang digunakan berpasangan dengan nama apabila menunjukkan bilangan. Bagi sikat, penjodoh bilangan yang biasa digunakan ialah batang. Pihak kami sedang merancang untuk menyusun senarai penjodoh bilangan.Lain-lain17.01.2008
Apakah maksud perkataan "Randau"?.Antara maksud randau ialah memasukkan benda-benda lain dlm makanan supaya menjadi lebih sedap atau lebih banyak. 2. pertukaran pendapat tentang isu-isu tertentu, dialog. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.Makna07.02.2010
Apa perbezaan perkataan ORGANISMA & ORGANISMEOraganisma ialah haiwan, tumbuhan, dan benda-benda yang berupaya menjalani proses kehidupan seperti bernafas, makan, membesar, dan membiak. Manakala organisme merujuk kepada atau berkaitan dengan faktor atau proses yang terlibat dalam integrasi dan pengekalan keindividuan satu organisma.Makna11.08.2009
MaShaAllah. Perkataan yang selalu disebut apabila kita melihat sesuatu yang baru dan cantek akan benda-benda yang diperbuat oleh tangan manusia. Tetapi di Malaysia, perkataan ini digunakan secara menyeluruh tak kira baik ataupun buruk. Bolehkah DBP menjelaskan akan makna yang tepat perkataan tersebut dan diwar-warkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya menggunakan perkataan "MaShaAllah" - untuk perkara yang baik sahaja dan "NauZuBilLah" - untuk musibah dan perkara yang buruk. Terima kasih banyak.Kamus Dewan merakamkan maksud masya-Allah ialah apa yang dikehendaki Allah dan kata seruan untuk menyatakan kehairanan. Perkataan ini boleh digunakan dalam konteks positif atau negatif. Hal ini berbeza dengan kata nauzubillah yang bermaksud kita berlindung dengan bantuan Allah. Semestinya kita mohon perlindungan daripada Allah agar dijauhkan daripadaperkara yang buruk/kejahatan.Makna27.12.2012
12345678910...

Kembali ke atas