Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.da] | بندا

Definisi : 1 sesuatu yg tidak diketahui benar-benar; apa-apa saja yg dikira secara umum; barang: Apa ~nya yg engkau bawa itu? 2 barang-barang yg berharga; harta: Arwah ayahnya tidak meninggalkan ~ apa jua pun. 3 segala yg berbentuk dan dpt dilihat serta dipegang; lwn roh. ~ hidup segala benda yg bernafas atau yg dpt bergerak. ~ mati segala benda yg tidak bernafas atau tidak bergerak. kebendaan 1 apa-apa yg berupa atau yg bersifat benda; yg mengenai benda. 2 yg bersifat mementingkan harta benda: golongan yg terlalu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benda

Puisi
 

Apa benda dalam pasu,
     Rebus ketupat jadi batu;
Kalau berniaga kongsi bisu,
     Jangan untung rugi tak Berniaga/untung


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kain pendinding miang,
     wang pendinding malu.

Bermaksud :

Segala sesuatu hendaklah digunakan pada tempatnya, supaya dapat mengambil faedah daripada benda-benda itu.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
benda hidupliving thingBenda yang boleh bernafas, bergerak, berkumuh, bergerak balas terhadap rangsangan, membesar dan membiak. Contohnya, manusia, haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma.Sekolah Rendah
benda bukan hidupnon-living thingBenda yang tidak boleh bernafas, bergerak, berkumuh, bergerak balas terhadap rangsangan, membesar dan membiak. Contohnya, kertas dan pensel.Sekolah Rendah
tandukhornBenda keras yang tumbuh di kiri dan kanan kepala beberapa jenis haiwan. Contohnya, tanduk rusa, kerbau dan lembu. Lihat RajahSekolah Rendah
kapurlimeBenda putih dan halus yang terhasil daripada batu kapur. Lihat RajahSekolah Rendah
batustoneBenda bukan logam yang keras dan padat, yang berasal dari bumi.Sekolah Rendah
tinggiheightPanjang benda atau objek dari bawah ke atas.Sekolah Rendah
kumpulangroupKelompok benda, orang dan haiwan yang mempunyai ciri yang sama.Sekolah Rendah
hidupaliveKeadaan benda hidup yang menjalani proses hidup.Sekolah Rendah
biologibiologyKajian tentang benda hidup. Terdapat dua bidang asas biologi, iaitu zoologi (kajian tentang haiwan) dan botani (kajian tentang tumbuhan).Menengah Rendah
kemandiriansurvivalPerihal keupayaan benda hidup untuk meneruskan hidup dalam pelbagai keadaan.Sekolah Rendah
123

Kembali ke atas