Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.da] | بندا

Definisi : 1 sesuatu yg tidak diketahui benar-benar; apa-apa saja yg dikira secara umum; barang: Apa ~nya yg engkau bawa itu? 2 barang-barang yg berharga; harta: Arwah ayahnya tidak meninggalkan ~ apa jua pun. 3 segala yg berbentuk dan dpt dilihat serta dipegang; lwn roh. ~ hidup segala benda yg bernafas atau yg dpt bergerak. ~ mati segala benda yg tidak bernafas atau tidak bergerak. kebendaan 1 apa-apa yg berupa atau yg bersifat benda; yg mengenai benda. 2 yg bersifat mementingkan harta benda: golongan yg terlalu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benda

Puisi
 

Apa benda dalam pasu,
     Rebus ketupat jadi batu;
Kalau berniaga kongsi bisu,
     Jangan untung rugi tak Berniaga/untung


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kain pendinding miang,
     wang pendinding malu.

Bermaksud :

Segala sesuatu hendaklah digunakan pada tempatnya, supaya dapat mengambil faedah daripada benda-benda itu.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pisong[pi.soN]kata adjektifbodoh.Ngape awok ni pisong ngat, benda tu pon tok leh buat.[NA.p« A.w/ ni pi.soN NAt b«n.dA tu pon t/ leh bu.wAt]Kenapa awak ini sangat bodoh, benda itu pun tidak boleh buat.
kumboh[kum.bh]kata kerjamenyelerakkan sesuatu benda.Adek keno rembat pase kumboh kaen.[A.de/ k«.n Äem.bAt pA.se kum.bh kA.en]Adik kena pukul kerana menyelerakkan pakaian.
encak[«n.tSA/]kata kerjamenusuk sesuatu dengan menggunakan benda tajam.Tangan koi saket tok daye nok hencak kelape sawet.[tA.NAn kj sA.ket t/ dA.j« n/ «n.tSA/ k«.lA.p« sA.wet]Tangan saya sakit, tidak mampu untuk menusuk kelapa sawit.
bapok[bA.p/]kata tugaskata yang menjadi menerangkan atau menegaskan sesuatu benda.Bapok besanye rumoh die.[bA.p/ b«.sA.ø« Äu.mh di.j«]Sangat besar rumahnya.
getek[gE.tE/]kata tugasjuga, bersama.Man nok getek bende tu.[mAn n/ gE.tE/ b«n.d« tu]Saya hendak juga benda itu.

Kembali ke atas