Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.da] | بندا

Definisi : 1 sesuatu yg tidak diketahui benar-benar; apa-apa saja yg dikira secara umum; barang: Apa ~nya yg engkau bawa itu? 2 barang-barang yg berharga; harta: Arwah ayahnya tidak meninggalkan ~ apa jua pun. 3 segala yg berbentuk dan dpt dilihat serta dipegang; lwn roh. ~ hidup segala benda yg bernafas atau yg dpt bergerak. ~ mati segala benda yg tidak bernafas atau tidak bergerak. kebendaan 1 apa-apa yg berupa atau yg bersifat benda; yg mengenai benda. 2 yg bersifat mementingkan harta benda: golongan yg terlalu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benda

Puisi
 

Apa benda dalam pasu,
     Rebus ketupat jadi batu;
Kalau berniaga kongsi bisu,
     Jangan untung rugi tak Berniaga/untung


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kain pendinding miang,
     wang pendinding malu.

Bermaksud :

Segala sesuatu hendaklah digunakan pada tempatnya, supaya dapat mengambil faedah daripada benda-benda itu.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
setsetMatematikTiadaSuatu pungutan objek atau benda. Benda-benda itu dikenali sebagai unsur. Contoh: (i) A = {a, b, c} bermakna set A mempunyai unsur a, b dan c. (ii) I = { x: x ialah integer} bermakna set I mengandungi integer.
insured valuenilai berinsuransPentadbiran PerniagaanTiadaJumlah wang yang ditetapkan oleh pengirim ke atas benda-benda pos berinsurans. Nilai yang sama dibayar sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan benda-benda pos tersebut.
pyrometermeter pirosKejuruteraanPetroleumAlatan yang digunakan untuk mengukur suhu benda, terutama benda-benda yang mempunyai suhu yang di atas julat meter suhu raksa, yakni apabila meter suhu raksa tidak boleh digunakan. Sebagai contoh, meter ini digunakan untuk mengukur suhu ekzos pada enjin.
liner completionpelengkapan pelapikKejuruteraanPetroleumPelengkapan telaga yang menggunakan pelapik bagi mendapatkan perhubungan di antara reserbor dengan lubang telaga serta bagi mengatasi beberapa masalah yang berhubungan dengan masuknya benda-benda yang tidak dikehendaki dari reserbor ke dalam lubang telaga semasa telaga berkenaan berpengeluaran. Pelapik umumnya dipasang di hujung bawah retentan selongsong pengeluaran. Benda-benda asing yang tidak dikehendaki ialah seperti pasir, batuan sedimen dasar dan lain-lain. dengan adanya pelapik, kemasukan benda-benda asing tersebut boleh dicegah atau dikurangi.
personal chattelsbenda-benda peribadiUndang-undangTiadaTiada
object drawinglukisan bendaKesenianTiadaLukisan lakar atau lukisan cat yang menggambarkan benda-benda seperti botol, peralatan rumah atau buah-buahan.
artefactartefakKesusasteraanTiada1. Benda-benda buatan manusia purbakala seperti kapak batu, tombak dan sebagainya.
assetasetGeografiTiadaWang, harta, benda-benda bernilai yang dimiliki oleh seseorang, suatu kumpulan atau syarikat.
assetasetMatematikTiadaWang, harta, benda-benda bernilai yang dimiliki oleh seseorang, suatu kumpulan atau syarikat.
assetasetPentadbiranTiadaWang, harta, benda-benda bernilai yang dimiliki oleh seseorang, suatu kumpulan atau syarikat.
12345678910...

Kembali ke atas