Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.da.ha.ri] | بنداهاري

Definisi : 1. sl orang yg memegang harta benda kerajaan; penghulu ~ ketua bendahari; 2. pengurus wang kesatuan dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ben.da.ha.ri] | بنداهاري

Definisi : 1 pegawai yg mengurus harta benda kerajaan: penghulu ~ ketua segala bendahari. 2 orang yg mengurus wang persatuan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bendahari


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Saya mahu bertanya, 1) Apakah beza antara presiden, pengerusi dan yang dipertua? 2) Apakah beza antara timbalan dan naib? 3) Apakah beza antara setiausaha, setiausaha agung dan setiausaha kehormat? 4) Apakah beza antara bendahari, bendahari agung dan bendahari kehormat? 5) Apakah beza antara lajnah dan unit? 6) Apakah beza antara ahli jawatankuasa dan majlis eksekutif?

1) Apakah perbezaaan antara presiden, pengerusi dan yang dipertua?

Presiden - Merupakan ketua negara dalam sesebuah negara republik dan gelaran untuk ketua negara republik atau orang yang menjadi ketua sesuatu persatuan, pertubuhan dan lain-lain.

dipertua  -  orang yg dilantik menjadi ketua sesuatu perkumpulan (persatuan dan lain-lain)

pengerusi  -  ketua dalam mesyuarat dan lain-lain. atau pemimpin jawatankuasa, pertubuhan dan lain-lain.

2) Apakah perbezaaan  antara timbalan dan naib? 
timbalan -  ialah penolong ketua dan lain-lain
naib   -  ialah pengganti atau wakil

3) Apakah perbezaaan antara setiausaha, setiausaha agung dan setiausaha kehormat?

setiausaha  - Seseorang yang diambil bekerja untuk mengurus urusan surat-menyurat (menyimpan rekod, membuat kerja-kerja perkeranian, dan sebagainya). Melaksanakan kerja untuk orang perseorangan atau untuk sesebuah pertubuhan.

setiausaha kehormat - setiausaha yang menjalankan tugas atau yang berkhidmat secara sukarela yang tidak  diberi gaji atau upah.

4) Apakah perbezaaan  antara bendahari, bendahari agung dan bendahari kehormat?

bendahari - pegawai yang menguruskan harta benda kerajaan atau menguruskan wang persatuan dan lain-lain.

bendahari kehormat -  pegawai persatuan yang bertugas tanpa dibayar

5) Apakah perbezaaan  antara lajnah dan unit?

lajnah  -  sebuah badan yang menjalankan (mengurus, mengelola) kerja sesuatu per­tubuh­an dan lain-lain, jawatankuasa kerja.

unit -  bahagian terkecil daripada sesuatu yang dapat berdiri sendiri.

6) Apakah perbezaaan  antara ahli jawatankuasa dan majlis eksekutif?

ahli jawatankuasa - orang yang dipilih untuk menjalankan pentadbiran sesuatu urusan (persatuan, kesatuan dan sebagainya)

majlis eksekutif - sebuah Badan tetap UPU yang ditugaskan oleh kongres untuk menentukan kesinambungan tugas-tugas pentadbiran, mengawasi kegiatan kerjasama teknikal, perundangan, juriselidik dan sebagainya.

Untuk maklumat lebih lanjut, pihak tuan boleh merujuk  Bahagian Protokol dan Adat Istiadat di Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih.

Lain-lain27.12.2019
Ejaan yang mana betul? 1) bendahari Persatuan Sains atau Bendahari Persatuan Sains 2) pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya atau Pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya 3) pengerusi Persatuan Sejarah atau Pengerusi Persatuan Sejarah 4) kepada tuhan kita memohon doa atau kepada Tuhan kita memohon doaEjaan yang betul ialah  Bendahari Persatuan Sains, Pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Pengerusi Persatuan Sejarah. Apabila merujuk kepada Allah, Tuhan dieja dengan huruf besar.Ejaan06.06.2012
Salam, Mengapakah perkataan bendahari tidak tergolong dalam kata majmuk?Bendahari bukanlah gabungan daripada perkataan benda dan hari. Bendahari terbit sendiri dan bukan bukan kata majmuk.Istilah31.01.2013
Adakah jantina lelaki yang berjawatan menguruskan kewangan boleh bendahari atau bendahara?

Tuan,

Sama ada lelaki atau perempuan yang  menguruskan wang persatuan dan seumpamanya boleh dipanggil bendahari, rujuk nombor 2. - 1. sl orang yg memegang harta benda kerajaan; penghulu ~ ketua bendahari; 2. pengurus wang kesatuan dll.

Terima kasih.

Istilah19.01.2011
Penolong Bendahari in English?Penolong Bendahari dalam bahasa Inggeris ialah Assistant Treasurer.Lain-lain19.10.2010
Kata Majmuk Mantap (KMM)... Mengapa kata "BENDAHARI" tidak diklasifikasikan sebagai kata majmuk mantap? Bukankah kata dasarnya benda + hari? Matahari - gabungan mata + hari dan ia diklasifikasikan sebagai KMM... Mengapa "Bendahari" tidak? saya mohon penjelasanBuku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga menyenaraikan hanya beberapa kata majmuk yang mantap tanpa mengehadkan jumlah dan bilangannya. Lembar Bahasa terbitan DBP mengumpulkan sejumlah perkataan yang sering ditemukan dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Bendahari juga kata majmuk yang mantap, walaupun mungkin tidak tersenarai dalam kumpulan tersebut.Tatabahasa14.01.2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya merupakan pelajar di universiti dan terlibat dengan aktiviti persatuan. Saya ingin bertanya, adakah penggunaan gelaran jawatan 'Setiausaha Agung' dan 'Bendahari Kehormat' itu betul dan boleh digunakan dalam persatuan di universiti. Sekian, terima kasih.Tiada halangan untuk menggunakan nama jawatan seperti Setiausaha Agung dan Bendahari Kehormat dalam kegiatan persatuan di universiti.Tatabahasa20.03.2015
Definisi Bagi Perkataan/jawatan Berikut: 1. Naib Canselor 2. Timbalan Naib Canselor 3. Pendaftar Universiti 4. Bendahari 5. Pustakawan 6. Dekan 7. Pengarah 8. Timbalan Pengarah dan Timbalan Dekan 9. Ketua Jabatan dan Ketua Nic

1. Naib Canselor = Ketua eksekutif atau ketua pentadbir sesebuah universiti.  2.Timbalan Naib Canselor = Penolong Ketua eksekutif atau penolong ketua pentadbir sesebuah universiti.  3.Pendaftar Universiti = pegawai yg bertanggungjawab tentang pendaftaran pelajar di universiti.  4.Bendahari = pengurus wang kesatuan/pertubuhan dan sebagainya. 5.Pustakawan = orang yg mempunyai pengetahuan yg dalam tentang perpustakaan dan terlibat dlm pengurusan perpustakaan  6.Dekan = ketua sesuatu fakulti di universiti.  7.Pengarah = orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek/jabatan/syarikat/perbadanan dan sebagainya  8.Timbalan Pengarah = penolong kepada seseorang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb 9.Timbalan Dekan = penolong ketua sesuatu fakulti di universiti.  10.Ketua Jabatan = orang yang mengetuai bahagian drpd pentadbiran kerajaan dll yg mengurus tugas-tugas tertentu dan 11.Ketua Nic = tidak ada dalam Kamus Dewan

Makna22.06.2008
Saya maklum bahawa Tatabahasa Dewan menetapkan hanya 15 sahaja dikategorikan sebagai majmuk mantap. Namun, ada buku-buku ilmiah malah para pendidik menyatakan ia lebih daripada itu iaitu sebilangannya menyatakan ada 33; ada juga menyatakan ada 41. Selain yang 15 itu misalnya ialah bendahari, sukacita, kadangkala, apabila, peribadi dll. Soalan saya kenapa perkataan ini bukan tergolong dalam majmuk mantap dan apakah kategori perkataan ini? Soalan kedua, antara Kamus Dewan Bahasa & Tatabahasa Dewan, yang mana lebih betul apabila berlaku percanggahan. Misalnya dalam soal kata baru dan baharu. Kamus menyamakan maksud baharu sebagai baru tetapi Tatabahasa Dewan membezakannya. Untuk makluman, saya merupakan pencita bahasa dan kerap berkongsi ilmu bahasa kepada umum. Antaranya dalam aplikasi Twitter menggunakan tanda pagar #PerkasaBMKita. Sumbangan saya ini diharap membantu sedikit sebanyak dalam memartabatkan penggunaan bahasa melayu yang betul. Terima kasih.

1.  Berdasarkan rujukan daripada buku Tatabahasa Dewan, kata majmuk ialah gabungan dua patah perkataan atau lebih yang mempunyai makna yang berbeza dan menjadi satu makna lain atau makna baharu apabila perkataan tersebut digabungkan. Konsep kata majmuk juga harus mendukung maksud umum, contohnya: kerusi malas, maksud khusus, cthnya: pita suara dan maksud kiasan, cthnya: kaki ayam.  Perkataan seperti bendahari, sukacita, kadangkala, apabila, peribadi dll. itu tidak dikategorikan sebagai perkataan majmuk mantap kerana perkataan-perkataan ini tidak mendukung konsep kata majmuk dan perkataan-perkataan ini bukan kata majmuk. Jika mengikut kategori, terdapat dua kategori dalam tatabahasa Melayu, iaitu golongan kata dan bentuk kata. Golongan kata terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas, manakala bentuk kata pula, terdiri daripada kata tunggal, kata terbitan, kata ganda, kata majmuk. Contohnya maksud perkataan “apabila” tidak mendukung maksud ketiga-tiga konsep kata majmuk tersebut kerana perkataan ”apa” , “bila”, dan “apabila” ialah kata tunggal jika kita melihatnya dari segi bentuk kata, dan  kata tugas jika kita melihatnya dari segi golongan kata, Perkataan “sukacita” pula ialah kata adjektif, “kadangkala” ialah kata kata tugas, “peribadi” ialah kata nama.

2. Untuk maklumat yang lebih tepat dari segi tatabahasa, tuan/puan disarankan untuk merujuk Tatabahasa Dewan kerana kamus umum hanya merakamkan pelbagai bentuk kata yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat.

Tatabahasa25.06.2018
1) Apakah perbezaan di antara SETIAUSAHA AGUNG dan SETIAUSAHA KEHORMAT? 2) Apakah perbezaan di antara JURUAUDIT dan JURUAUDIT KEHORMAT?

Puan Ezma, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Perbezaan antara SETIAUSAHA AGUNG dan SETIAUSAHA KEHORMATdan JURUAUDIT dan JURUAUDIT KEHORMAT ialah setiausaha agung dan juruaudit biasanya dilantik dan dibayar gaji selain berkhidmat sepenuh masa. Manakala setiausaha kehormat, juruaudit kehormat dan bendahari kehormat biasanya mereka berkhidmat secara sukarela. Mereka in biasanya berkhidmat secara sukarela untuk NGO dan koperasi.

Makna19.03.2009
12

Kembali ke atas