BENDALIR | Proses | FIZIK | Proses/Tindak Balas |
TEKANAN RERAMBUT | Perbezaan tekanan yang wujud pada antara dua muka yang memisahkan dua bendalir yang tak bercampur dengan salah satu daripada bendalir tersebut lebih memilih untuk membasahkan pepejal. Fasa bendalir yang membasahi permukaan pepejal dipanggil fasa membasah manakala fasa bendalir yang tidak membasahi permukaan pepejal dipanggil fasa tak mem-basah. Bagi seorang saintis, tekanan rerambut biasanya dinyatakan sebagai tekanan dalam fasa tak membasah tolak tekanan dalam fasa membasah. Tekanan rerambut dalam sistem air-minyak ialah tekanan dalam fasa minyak (Po) tolak tekanan dalam fasa air (Pw), iaitu Pc = Po – Pw. Dalam sistem gas-air pula, tekanan rerambut ialah tekanan dalam fasa gas (Pg) tolak tekanan dalam fasa air, iaitu Pc = Pg – Pw. Unit yang biasa digunakan bagi tekanan rerambut ialah mN/m2. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
KELIKATAN | Kelikatan ialah ukuran rintangan sesuatu bendalir (cecair atau gas) untuk mengalir. Bendalir yang mempunyai kelikatan tinggi seperti molases, mengalir lebih perlahan daripada bendalir yang mempunyai kelikatan rendah, seperti air. | UMUM | |
ALIRAN BENDALIR | Sistem terbuka dikenali juga sebagai isipadu kawalan. Dalam analisis aliran secara isipadu kawalan, pertama ditakrifkan sebagai satu rantau atau daerah kajian. Untuk membezakan daerah kajian daripada persekitarannya, maka satu sempadan yang meliputi rantau kajian dilakarkan. Sempadan ini dikenali pula sebagai permukaan kawalan S.Pada permukaan kawalan inilah jisim, tenaga, dan momentum boleh keluar masuk isipadu kawalan tersebut.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
BENDALIR NEWTONAN | Bendalir yang tegasan ricihnya berkadar terus dengan kadar regangan. | KEJURUTERAAN | Konsep |
BENDALIR PELENGKAPAN TELAGA | Bendalir yang dimasukkan di dalam sesebuah telaga minyak atau gas semasa telaga tersebut disiap atau dilengkapkan untuk tujuan pengeluaran atau suntikan. | KEJURUTERAAN | Konsep |
PRINSIP BERNOULLI | Prinsip Bernoulli juga dikenali sebagai hukum Bernoulli atau teorem Bernoulli , menyatakan bahawa tenaga terabadi dalam bendalir (cecair atau gas) yang bergerak. Jika bendalir itu bergerak dalam arah mendatar, tekanan berkurangan apabila kelajuan bendalir meningkat. Jika kelajuan berkurangan, tekanan meningkat. Misalnya, air bergerak lebih laju melalui bahagian yang sempit dalam paip mendatar daripada melalui bahagian yang lebih lebar. Prinsip Bernoulli menjangkakan bahawa tekanan akan menjadi paling rendah apabila kelajuan paling laju. Prinsip Bernoulli dinamakan sempena nama Deniel Bernoulli (1700–1782), ahli matematik, Switzerland. | UMUM | |
SISTEM LIMFATIK | Sistem limfatik ialah satu rangkaian pembuluh kecil yang menyerupai pembuluh darah. Sistem limfatik mengembalikan bendalir dari tisu badan ke dalam aliran darah. Proses ini diperlukan kerana tekanan bendalir dalam badan terus-menerus menyebabkan air, protein dan bahan-bahan lain keluar dari pembuluh darah yang dikenali sebagai kapilari. Bendalir yang mengalir keluar, yang dikenali sebagai bendalir interstitial, membasahi dan memberi nutrien kepada tisu badan. | UMUM | |
AIR LIUR | Air liur ialah bendalir melengket-lengket yang dikeluarkan dalam mulut, penting untuk penghadaman makanan. Bendalir ini tidak berwarna dan rupanya seperti air. | UMUM | |
ENJIN HIDRAULIK | Enjin hidraulik, atau enjin bendalir ialah mesin yang menghasilkan pergerakan menggunakan tekanan air atau bendalir lain. | UMUM | |