Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.da.sing] | بنداسيڠ

Definisi : bahan dlm kuantiti yg kecil yg terdapat dlm bahan lain sehingga boleh menjejaskan mutu bahan yg lain itu: sebarang ~ atau kekotoran akan merendahkan mutu getah yg dipasarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ben.da.sing] | بنداسيڠ

Definisi : ist bahan yg terdapat dlm sesuatu benda yg menyebabkan benda itu tidak tulen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bendasing


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AIS

Ais ialah air yang beku. Suhu sejuk menyebabkan

ais terbentuk di tasik dan sungai, dan di atas jalan

dan laluan jalan kaki yang basah. Salji, hujan beku,

fros, dan hujan air batu ialah ais, begitu juga

glasier. Ais terjadi apabila suhu air tulen jatuh

kepada 0°C. Suhu ini dikenali sebagai takat beku

bagi air. Ia juga dirujuk sebagai titik ais, satu

daripada dua titik tetap pada termometer. Air yang

mengandungi bendasing, seperti alkohol, garam,

atau gula, membeku pada suhu lebih rendah

daripada air tulen. Bendasing yang sedemikian

boleh ditambah pada air untuk mengelakkannya

daripada membeku. Apabila bendasing dicampur

pada ais, ia menyebabkan ais cair.

UMUM 
TALIUM

Talium ialah unsur kimia yang diberi simbol Tl.

Unsur ini merupakan logam lembut kelabu

kebiruan yang kelihatan seperti plumbum.

Sebahagian besar talium diperoleh daripada pirit

besi. Dalam pirit besi, unsur ini wujud sedikit

sebagai bendasing. Talium juga terdapat dalam

mineral krookisit, hutchinsonit, dan lorandit. Sir

William Crookes, ahli sains Inggeris, menemukan

talium pada tahun 1861.

UMUM 

Kembali ke atas