Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.da.sing] | بنداسيڠ

Definisi : bahan dlm kuantiti yg kecil yg terdapat dlm bahan lain sehingga boleh menjejaskan mutu bahan yg lain itu: sebarang ~ atau kekotoran akan merendahkan mutu getah yg dipasarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ben.da.sing] | بنداسيڠ

Definisi : ist bahan yg terdapat dlm sesuatu benda yg menyebabkan benda itu tidak tulen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bendasing


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
foreign matterbendasingHerbaTiadaSebarang bahan yang hadir dalam bahan herba selain yang dinyatakan dalam spesifikasi monograf herba tersebut. Bendasing terdiri daripada bahagian atau spesies tumbuhan selain yang dinyatakan dalam spesifikasi monograf herba tersebut, tanah, pasir, batu, habuk, kulat, serangga, haiwan dan feses haiwan. Bendasing ditentukan dengan menabur sejumlah berat bahan herba dalam bentuk asal pada permukaan rata. Bendasing dikesan melalui penglihatan kasar atau bantuan kanta pembesar, diasing dan ditimbang. Nilai peratusan bendasing ditentukan daripada ungkapan 100a/b iaitu a ialah berat bendasing dan b ialah berat asal bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran ketulenan dan menandakan kehadiran bahan pencemar atau pemalsu. Kebanyakan piawai mengehadkan kandungan bendasing dalam bahan mentah herba kurang daripada 2%w/w. Namun, bahan mentah herba mesti bebas daripada kulat, serangga atau cemaran haiwan. Pemeriksaan mikroskopi digunakan untuk mengesan kehadiran bendasing dalam serbuk bahan mentah herba.
PIN diodediod pinFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanDiod yang terdiri daripada water silikon. Diod ini mengandungi hampir sama bendasing daripada jenis p dan jenis n. Diod ini juga mempunyai suatu lapisan nipis di tengah akibat peresapan bendasing p dan bendasing n dari kedua-dua sisi.
chemical impuritybendasing kimiaKejuruteraanTiadaJumlah bendasing yang terdapat dalam sesuatu bahan kimia.
acceptor type impuritybendasing jenis penerimaKejuruteraanSains NuklearBendasing yang menambahkan bilangan lubang dalam semikonduktor.
process related impuritiesbendasing berkaitan prosesHerbaPeraturan dan PemasaranBahan asing yang muncul secara tidak sengaja ketika proses pembuatan produk. Kemunculan bahan ini berpunca daripada peralatan pemprosesan yang berkualiti rendah atau daripada sisa proses pembuatan sebelumnya. Bendasing berkaitan proses dikesan dalam sesuatu produk semasa ujian kualiti. Kandungan bendasing yang melebihi had piawai yang ditetapkan akan gagal dalam ujian kualiti atau keselamatan.
impuritiesbendasingTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKetakselanjaran yang terdapat dalam bahan atau kimpalan. Bendasing ini berpunca daripada pencemaran semasa proses pengeluaran ataupun semasa proses kimpalan di kilang atau di lapangan.
impurity levelaras bendasingFizikModenAras tenaga yang berada di luar skema jalur tenaga biasa bahan pepejal disebabkan kehadiran atom bendasing.
impurity levelaras bendasingFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanAras tenaga tak normal yang disebabkan oleh konduksi pada semikonduktor akibat kehadiran bendasing.
compensated semiconductorsemikonduktor pampasKejuruteraanTiadaSemikonduktor yang dilengkapi dengan satu jenis bendasing yang secara separa menghapuskan kesan bendasing yang lain.
pin junctionsimpang pinFizikModenPeranti semikonduktor yang terdiri daripada tiga bahagian: bendasing jenis-p, intrinsik, dan bendasing jenis-n.
12345678910...

Kembali ke atas