Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.dé.ra] | بنديرا

Definisi : (bendéra) sepotong kain (biasanya segi empat bujur) yg ada reka bentuk tertentu, digunakan sbg lambang sesebuah negeri atau sbg isyarat, panji-panji; ~ kebangsaan bendera yg menjadi lambang sesebuah negara; ~ putih bendera yg dinaikkan sbg tanda menyerah; ~ setengah tiang bendera dinaikkan setengah tiang tanda berdukacita; di bawah ~ dlm perlindungan (dilindungi oleh). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ben.dé.ra] | بنديرا

Definisi : /bendéra/ sepotong kain segi empat atau segi tiga dgn gambar atau warna tertentu yg digunakan sbg lambang atau sbg tanda; panji-panji. ~ kebangsaan bendera yg digunakan sbg tanda sesebuah negara. ~ putih bendera berwarna putih yg digunakan sbg tanda menyerah kalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bendera

Puisi
 

Pukul empat pasang bendera,
     Berbunyi kismis di Pulau Babi;
Kalau terdapat macam adinda,
     Mulutnya manis hatinya sudi.


Lihat selanjutnya...(6)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
meloroih[m«.l.ҍC]kata kerjaturun atau jatuh dengan sendiri secara perlahan atau cepat menuruti sesuatu objek yang lurusIkat bendera kuat-kuat takot dia meloroih.[i.kAt b«n.de.ÒA ku.wAt.ku.wAt tA.kot di.jA m«.l.ҍC]Ikat bendera kuat-kuat takut jatuh dengan sendiri.
kerabat[k«.ÒA.bAt]kata kerja1. memanjat atau mendaki sesuatu (seperti pokok, bukit, gunung)Cuti ni kami cadang nak kerabat Bukit Bendera.[tSu.ti ni kA.mi tSA.dAN nA/ k«.ÒA.bAt bu.kit b«n.dE.rA]Cuti ini kami bercadang hendak mendaki Bukit Bendera.

Kembali ke atas