Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.dé.ra] | بنديرا

Definisi : (bendéra) sepotong kain (biasanya segi empat bujur) yg ada reka bentuk tertentu, digunakan sbg lambang sesebuah negeri atau sbg isyarat, panji-panji; ~ kebangsaan bendera yg menjadi lambang sesebuah negara; ~ putih bendera yg dinaikkan sbg tanda menyerah; ~ setengah tiang bendera dinaikkan setengah tiang tanda berdukacita; di bawah ~ dlm perlindungan (dilindungi oleh). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ben.dé.ra] | بنديرا

Definisi : /bendéra/ sepotong kain segi empat atau segi tiga dgn gambar atau warna tertentu yg digunakan sbg lambang atau sbg tanda; panji-panji. ~ kebangsaan bendera yg digunakan sbg tanda sesebuah negara. ~ putih bendera berwarna putih yg digunakan sbg tanda menyerah kalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bendera

Puisi
 

Pukul empat pasang bendera,
     Berbunyi kismis di Pulau Babi;
Kalau terdapat macam adinda,
     Mulutnya manis hatinya sudi.


Lihat selanjutnya...(6)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BENDERA NEGERI,BENDERA NEGERI,  Panji-panji yang menjadi lambang sesebuah negeri.  Bendera Persekutuan Tanah Melayu (sebelum wujudnya Malaysia) mula diperkenalkan pada 19 April 1950, setelah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.  Bendera ini direka khas sebagai lambang Persekutuan Tanah Melayu secara keseluruhannya,  serta merangkumi sejarah setiap negeri.  Bendera ini berukuran 180cm x 90 cm, mempunyai 11 jalur iaitu enam jalur merah dan lima jalur putih mewakili negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu iaitu Johor, Pahang, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Melaka.  Di sudut atas sebelah kiri terdapat petak berwarna biru dengan bulan sabit dan bintang berwarna kuning.  Bintang pecah 11 melambangkan perpaduan 11 buah negeri tersebut, serta warna kuning melambangkan kedalatan institusi beraja di sebahagian besar negeri di Tanah Melayu.  Bendera  Persekutuan Tanah Melayu berkibar megah buat pertama kalinya pada 26 Mei 1950, di perkarangan Istana Selangor, Kuala Lumpur.  Upacara menaikkan bendera tersebut dilakukan oleh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British, pada ketika itu.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
BENDERA NEGERI

BENDERA NEGERI,  Panji-panji yang menjadi lambang sesebuah negeri.  Bendera Persekutuan Tanah Melayu (sebelum wujudnya Malaysia) mula diperkenalkan pada 19 April 1950, setelah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.  Bendera ini direka khas sebagai lambang Persekutuan Tanah Melayu secara keseluruhannya,  serta merangkumi sejarah setiap negeri.  Bendera ini berukuran 180cm x 90 cm, mempunyai 11 jalur iaitu enam jalur merah dan lima jalur putih mewakili negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu iaitu Johor, Pahang, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Melaka.  Di sudut atas sebelah kiri terdapat petak berwarna biru dengan bulan sabit dan bintang berwarna kuning.  Bintang pecah 11 melambangkan perpaduan 11 buah negeri tersebut, serta warna kuning melambangkan kedalatan institusi beraja di sebahagian besar negeri di Tanah Melayu.  Bendera  Persekutuan Tanah Melayu berkibar megah buat pertama kalinya pada 26 Mei 1950, di perkarangan Istana Selangor, Kuala Lumpur.  Upacara menaikkan bendera tersebut dilakukan oleh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British, pada ketika itu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIAlat/Alatan
BUKIT BENDERA

Bukit Bendera, salah satu destinasi menarik di Pulau Pinang. Bukit Bendera, juga dikenali sebagai Penang Hill, ialah puncak tertinggi di Pulau Pinang dengan ketinggian 830 m di atas aras laut.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
BENDERA

BENDERA, sebidang kain yang diperagakan sebagai tanda atau lambing kewujudan sesuatu masyarakat, Negara, angkatan tentera, pejabat atau individu.

BUDAYAKonsep
SEMAFOR

Semafor ialah kaedah memberi isyarat dengan

menggunakan sasaran atau bendera. Setiap

kedudukan sasaran mempunyai makna yang

dapat ditafsir oleh seseorang yang terlatih. Satu

set arahan bendera yang standard boleh mengeja

abjad Inggeris. Setiap satunya ditunjukkan dalam

rencana huruf abjad dalam Ensiklopedia Dunia ,

seperti A . Urutan bagi arahan ini dapat digunakan

untuk mengeja perkataan dalam mesej. Angka

dieja, tetapi beberapa arahan merupakan

perkataan, seperti “kesilapan”, atau frasa. Terdapat

juga sedikit variasi dalam arahan untuk A dan G.

Bendera Semafor digunakan oleh anggota

angkatan laut dan kereta api sedunia. Mesej boleh

dihantar pada kelajuan kira-kira 25 perkataan

seminit.

Lihat juga Kereta api (Kawalan trafik).

UMUM 
PERSATUAN BENDERA MERAH PUTIH

PERSATUAN BENDERA MERAH PUTIH, persatuan orang India Islam di Negeri-Negeri Selat pada pertengahan abad ke-19.  Persatuan ini diasaskan oleh orang India Islam di Pulau Pinang dan tidak didaftarkan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
NAVY JACK

Navy Jack ialah bendera Tentera Laut Amerika

Syarikat. Ia mempunyai 50 bintang berwarna putih

dan berlatarbelakangkan warna biru. Ia kelihatan

seperti bahagian bucu berwarna biru dan putih

pada bendera Amerika Syarikat.

UMUM 
TIGA WARNA

Tiga warna ialah bendera kebangsaan Perancis.

Ia mempunyai warna merah, putih dan biru

dengan jalur menegak. Ketiga-tiga warna itu

digunakan sebagai lambang Perancis pada 17 Julai

1789 semasa Revolusi Perancis. Raja Louis XVI tiba

ke Perancis selepas kejatuhan Bastille. Dia

meletakkan simpulan reben tiga warna di topinya

sebagai melambangkan sifat patriotiknya. Merah

dan biru ialah warna rasmi Paris dan putih adalah

warna keluarga diraja. Selepas keluarga diraja

berkuasa semula pada tahun 1814, ia menolak tiga

warna. Tetapi tiga warna sekali lagi menjadi

bendera kebangsaan Perancis pada tahun 1830.

UMUM 
ROSS, BETSY

Ross, Betsy (1752–1836), tukang jahit Amerika

yang bekerja sebagai pembuat bendera di

Philadelphia semasa Revolusi Amerika.

UMUM 
TELEKOMUNIKASI

Telekomunikasi ialah penghantaran dan

penerimaan pesanan untuk jarak yang jauh. Isyarat

yang boleh dilihat seperti menggunakan bendera,

lampu, atau asap adalah bentuk telekomunikasi yang

paling awal. Kini, istilah ini merujuk pada pelbagai

jenis sistem telekomunikasi elektrik dan elektronik

yang digunakan di seluruh dunia. Sistem

telekomunikasi moden menghantar dan menerima

bunyi, bahan bercetak dan imej yang boleh dilihat

dalam sekelip mata.

UMUM 
12

Kembali ke atas