Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.dé.ra] | بنديرا

Definisi : (bendéra) sepotong kain (biasanya segi empat bujur) yg ada reka bentuk tertentu, digunakan sbg lambang sesebuah negeri atau sbg isyarat, panji-panji; ~ kebangsaan bendera yg menjadi lambang sesebuah negara; ~ putih bendera yg dinaikkan sbg tanda menyerah; ~ setengah tiang bendera dinaikkan setengah tiang tanda berdukacita; di bawah ~ dlm perlindungan (dilindungi oleh). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ben.dé.ra] | بنديرا

Definisi : /bendéra/ sepotong kain segi empat atau segi tiga dgn gambar atau warna tertentu yg digunakan sbg lambang atau sbg tanda; panji-panji. ~ kebangsaan bendera yg digunakan sbg tanda sesebuah negara. ~ putih bendera berwarna putih yg digunakan sbg tanda menyerah kalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bendera

Puisi
 

Pukul empat pasang bendera,
     Berbunyi kismis di Pulau Babi;
Kalau terdapat macam adinda,
     Mulutnya manis hatinya sudi.


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flagbenderaTeknologi MaklumatPerisianPenandaan perisian atau perkakasan yang menggambarkan keadaan atau status tertentu. Bendera boleh diumpamakan seperti suis, sama ada buka atau tutup. Status bendera dikatakan set apabila bitnya bersamaan 1 dan dikatakan status set semula apabila bitnya bersamaan 0. Contohnya, bendera limpah atas akan disetkan oleh pemproses apabila terjadi limpah atas dalam pengiraan aritmetik. Seterusnya, mesej ralat akan dipaparkan.
judge flagbendera hakimSukanTiadaBendera yang digunakan oleh hakim untuk menentukan salah laku atau sebaliknya dalam semua pertandingan olahraga yang dijalankan. Warna bendera yang digunakan ialah merah, putih, dan kuning.
affirmative flagbendera pengeyaanPelayaranTiadaBendera dengan kod antarabangsa "C", yang digunakan sebagai jawapan pengeyaan.
white flagbendera putihSukanTiadaBendera yang digunakan sebagai isyarat siap sedia untuk memulakan sesuatu pertandingan.
sector flagbendera sektorSukanTiadaBendera kecil yang dipacakkan di hujung garisan sektor.
anchor flagbendera labuhanPelayaranTiadaIsyarat bendera menandakan kapal berlabuh.
white flagbendera putih (Olahraga)SukanTiadaBendera berwarna putih yang digunakan oleh petugas, bagi mengesahkan pelari-pelari berlari dengan betul pada sukan olahraga.
whistle and flag swimmingrenang wisel bendera (Polo Air)SukanTiadaLambaian dengan menggunakan bendera sambil wisel dibunyikan oleh pengadil-pengadil pertandingan, untuk mengisyaratkan sesuatu hal, pada sukan polo air.
flagbenderaKomputerTiadaTiada
flagbenderaSukanTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas