Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.dul] | بندول

Definisi : 1. balak yg dipasang (memanjang) pd tiang rumah; lurus macam ~ ki sangat jujur; 2. = ~ pintu balak yg melintang di bawah pintu: ia melangkah ~ masuk ke dlm bilik tidur; ~ jendela rangka jendela; 3. = balai ~ sj balai tempat raja bermesyuarat: adapun sekarang Raja Muda ini hendak duduk di ~ kita, sementara mamak Bendahara dan Temenggung memperbuat istana; Pak Si B~ Pak Pandir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ben.dul] | بندول

Definisi : 1 balok kayu yg dipasang dr tiang ke tiang utk menegakkan rumah atau utk menutup lantai. 2 = ~ pintu balak yg dipasang melintang di bawah pintu. 3 = balai ~ balai di istana tempat raja bermesyuarat secara tidak rasmi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bendul

Puisi
 

Pisang raut di hujung bendul,
     Hendak meraut si bingkai balam;
Lautan dalam sebesar jambul,
     Tujuh buah kapal di dalam.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Orang yang selancaran alu,
     atap yang berjahit,
bendul bertekan.

Bermaksud :

Perkauman yang dekat menurut adat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Lelaki yang lurus macam _______itu selalu dibuli oleh rakannya –rakannya. A. pembaris B. bendul Kenapa jawapan pembaris salah?Lurus macam bendul merupakan bahasa kiasan yang telah pun mantap penggunaannya.Tatabahasa31.03.2007
Salam sejahtera, Berikut merupakan rekod pertanyaan saya . FN + FSN 1.(Mereka) (ke Hutan Lipur Ulu Bendul.) *Pola ayat pertama di atas pasti betul kerana di depan kata sendi nama 'ke' tiada kata kerja. *Sekiranya di depan kata sendi nama terdapat kata inti yang merupakan kata kerja y , maka pola ayat menjadi FK?

Betul, pola ayat menjadi FN + FK sekiranya di depan kata sendi nama terdapat kata inti yang merupakan kata kerja. Contoh: Mereka melawat ke Hutan Lipur Ulu Bendul.

Tatabahasa06.10.2021
Buku teks BM Tahun 2 KSSR Semakan terbitan DBP, m/s 125. Hutan Lipur Ulu Bendul sangat indah. Air sungainya jernih dan sejuk. DBP sering menekankan bahawa penggunaannya merujuk kepada kata ganti nama diri ketiga, iaitu manusia. Akan tetapi, kebanyakan ayat yang digunakan oleh buku teks DBP ini menggunakan nya untuk merujuk benda bukan hidup. Harap ada penjelasan supaya tidak keliru. Terima kasih.Salam sejahtera,

MAKLUM BALAS ISU PERKATAAN –NYA DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 2 SK

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa, selain berfungsi sebagai Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga, -nya juga tergolong dalam Kata Pascakata di bawah Kata Tugas. Bentuk

–nya tersebut berfungsi sebagai penekan dan pembenda. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga: 295)

Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh dalam ayat;

 

  1. Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat. 
  2. Sesungguhnya kenyataan yang diberikan oleh saksi kedua itu benar.

Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama. Contoh dalam ayat;

 

  1. Lajunya ialah 100km sejam.
  2. Bukan kepalang sakitnya.
Sekian.
Lain-lain27.09.2021

Kembali ke atas