Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.dung] | بندوڠ

Definisi : permatang utk menahan air (supaya dapat disalurkan ke arah lain), empang;membendung 1. menghalang arus air, mengempang: sungai itu dibendung supaya dapat menghasilkan tenaga elektrik; 2. ki menghalangi, menahan, merintangi: Amerika Syarikat membantu Vietnam Selatan kerana hendak ~ kegiatan komunis; undang-undang sekarang belum lagi berjaya ~ perbuatan jenayah;terbendung terempang, terhalang, tertahan;pembendungan perihal (usaha dsb) membendung, pengempangan; pembendung 1. orang yg membendung; 2. alat utk membendung, pengempang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ben.dung] | بندوڠ

Definisi : , = bendungan pengempang di sungai dsb utk menahan air supaya dpt disalurkan ke tempat lain; empangan. membendung 1 menahan aliran air di sungai dsb; mengempang. 2 ki menahan atau menyekat sesuatu supaya tidak merebak. pembendungan perihal atau perbuatan membendung; penahanan; pengempangan. pembendung 1 orang yg membendung. 2 alat yg digunakan utk membendung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bendung


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bendung segera pencemaran bahasa Melayu di TV, radioBaki MinuddinUtusan Malaysia05.05.2004
Bendung bahasa Melayu 'ular belut'Akhbar:  Utusan Malaysia13.10.2005
Kempen bendung masalah remaja Melayu Singapura-Kosmo01.08.2006
Parti bendung rasuah, politik wangA. Samad IsmailBerita Harian12.10.1996
Hukuman 'kejam' bendung jenayahNasron Sira RahimBerita Minggu12.11.2006
Langkah tegas bendung kebanjiran pendatangA. Samad IsmailBerita Harian11.04.1998
Anwar mahu universiti bendung masalah kurang minat membacaTiadaBerita Harian16.04.1988

Kembali ke atas