Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.dung] | بندوڠ

Definisi : permatang utk menahan air (supaya dapat disalurkan ke arah lain), empang;membendung 1. menghalang arus air, mengempang: sungai itu dibendung supaya dapat menghasilkan tenaga elektrik; 2. ki menghalangi, menahan, merintangi: Amerika Syarikat membantu Vietnam Selatan kerana hendak ~ kegiatan komunis; undang-undang sekarang belum lagi berjaya ~ perbuatan jenayah;terbendung terempang, terhalang, tertahan;pembendungan perihal (usaha dsb) membendung, pengempangan; pembendung 1. orang yg membendung; 2. alat utk membendung, pengempang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ben.dung] | بندوڠ

Definisi : , = bendungan pengempang di sungai dsb utk menahan air supaya dpt disalurkan ke tempat lain; empangan. membendung 1 menahan aliran air di sungai dsb; mengempang. 2 ki menahan atau menyekat sesuatu supaya tidak merebak. pembendungan perihal atau perbuatan membendung; penahanan; pengempangan. pembendung 1 orang yg membendung. 2 alat yg digunakan utk membendung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bendung


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
held waterair bendungGeografiTiadaAir yang dibendung di dalam tanih sebagai cecair atau wap.
held waterair bendungGeologiTiadaAir yang dibendung di dalam tanih sebagai cecair atau wap.
enclosed laser deviceperanti laser bendungKejuruteraanTiadaPeranti yang membendung laser atau sistem laser bagi mencegah sinaran laser daripada terkeluar.

Kembali ke atas