Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ngis] | بڠيس

Definisi : 1. tidak berbelas kasihan, kejam, zalim: pembunuhan yg ~; 2. pedas, tajam: kata-kata yg~;membengis bangkit bengis, berlaku bengis: “diam...” suara Majid ~;membengisi memperlakukan dgn bengis (kejam): kalau tidak dibengisi masih berlarut-larutan anak-anak itu mengganggu kita; kebengisan perihal bengis, kekejaman, kezaliman: ~ tentera musuh itu membangkitkan kemarahan rakyat;pembengis 1. orang yg bengis; 2. bersifat bengis: dia menjadi manusia yg agresif dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ngis] | بڠيس

Definisi : marah, gusar;membengis jadi marah, bangkit marah; membengisi memarahi;pembengis pemarah: dia ~ orangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ngis] | بڠيس

Definisi : 1 tidak menaruh perasaan belas kasihan; suka berbuat aniaya: Raja yg ~ tentu saja akan dibenci oleh rakyatnya. 2 keras lagi pedas (ttg perkataan yg diucapkan): Soalan itu dijawabnya dgn ~. membengis menjadi bengis; berlaku bengis: “Diam!” katanya ~. membengisi berlaku bengis terhadap: Guru itu ditegur kerana ~ anak muridnya. kebengisan keadaan atau sifat bengis. pembengis 1 orang yg bengis: Dia terkenal sbg ~. 2 bersifat bengis: Ketuanya digeruni kerana ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bengis

Puisi
 

Besok hari Rabu,
     Lusa hari Khamis;
Fikiran kita tidak tentu,
     Hati kita bengis.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai harimau beranak muda.

Bermaksud :

Orang perempuan yang terlalu bengis.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah definisi hati batu? Huraikan.Hati batu bermaksud bengis dan degil.Lain-lain14.05.2008
saya Wan Asnah Wan Mahmud,belajar di universiti Fatoni, ingin bertanya DBP perkataan "zalim" berasal dari bahasa apa?dan apakah pengertiannya?Perkataan "zalim" mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah tidak berperikemanusiaan, tidak adil,bengis dan kejam. Asal daripada perkataan Arab iaitu "lalim".Tatabahasa22.09.2014
warna yang garang. dari segi tatabahasa, bolehkah kita menggunakan perkataan garang dalam warna?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, entri garang mempunyai empat takrifan, iaitu  1. suka atau lekas menyerang dsb (apabila marah dsb), bengis, galak: anjing itu cukup ~; guru yg ~ menakutkan murid; 2. Mn suka, gemar; ~ makan kuat makan; 3. kencang (bkn angin dll), hebat: angin bukit tiba-tiba bertiup ~; 4. terang dan bercahaya (bkn warna), sangat cerah: kalau dulu orang gemar cara mekap yg natural, dlm tahun 1983 penggunaan warna yg ~ muncul pula. Berdasarkan takrifan ke-4, penggunaan garang untuk warna adalah betul.  Tokoh25.07.2010
Salam Tuan, Apakah yang dimaksudkan dengan "hati telah beku"? Adakah frasa ini kedengaran janggal bagi penutur asli bahasa Melalyu? Adakah perkataan "hati" berkolokasi dengan "beku" dalam bahasa Melayu? Mohon tuan tunjuk ajar. Sekian, terima kasih.

Salam sejahtera,

Penggunaan frasa hati telah beku lebih kepada bahasa percakapan sama halnya dengan 'hati kering'. Lazimnya yang digunakan oleh pengamal bahasa ialah 'hati batu' yang merujuk kepada individu bengis dan degil.

    

Tatabahasa06.11.2012
Adakah penggunaan perkataan 'beku' di ayat bawah ini betul? (a) Hatinya menjadi beku apabila mendapat tahu berita itu.Penggunaan frasa hatinya menjadi beku sama dengan hati telah beku lebih kepada bahasa percakapan sama halnya dengan 'hati kering'. Lazimnya yang digunakan oleh pengamal bahasa ialah 'hati batu' yang merujuk kepada individu bengis dan degil. Maka penggunaan "Hatinya menjadi beku apabila mendapat tahu berita itu." dalam ayat ini adalah betul.Penyemakan dan penterjemahan12.12.2015

Kembali ke atas