Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[beng.kung] | بڠکوڠ

Definisi : bengkok (keris, pisau, dll);berbengkungan bengkok-bengkok: tombak ~; bengkang II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[beng.kung] | بڠکوڠ

Definisi : kain pembebat perut (pinggang dll): perut hendaklah setiap hari diikat dgn ~;berbengkung memakai bengkung: Tun Tahar menukar pakaiannya dgn pakaian warna merah, ~, dan berdestar merah juga;membengkung membebat atau membalut dgn bengkung: selepas bertungku, sediakan pula kelengkapan utk ~ perut;terbengkung 1. terlilit dgn bengkung; 2. ki terbelenggu (tidak bebas): manusia ingin keluar drpd kesempitan hidup yg dirasakan ~ oleh tradisi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[beng.kung] | بڠکوڠ

Definisi : kain lebar yg digunakan utk membebat perut. berbengkung memakai bengkung: Dia ~ supaya kelihatan lebih kemas. membengkung membebat perut dgn bengkung: Perutnya dibengkung selepas bertungku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bengkung


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BENGKUNG

BENGKUNG,   kain yang dililit di bahagian pinggang dan dipakai oleh lelaki dan wanita dengan fungsi dan tujuan yang tertentu.  Bengkung bagi lelaki pada asasnya ialah ikat pinggang atau kain ikat pinggang.  Pada masa itu, kain ikat pinggang merupakan sehelai kain punca potong sepanjang lebih kurang 200 cm panjang dan selebar 80 cm hingga 90 cm.  Bengkung yang terbaik pada masa itu ialah kain cindai daripada sutera yang berjambul (berambu) kedua-duanya puncanya, buatan India dan coraknya berbelang-belang seperti kulit ular.  Ada kalanya  seseorang yang memakai bengkung disebut sebagai ‘bersayap sandang’ kerana kain ikat pinggangnya dipakai melintang pada dada untuk menusukkan pedang atau keris.

BUDAYAAlat/Alatan
IKAT PINGGANG

IKAT PINGGANG, kain panjang yang dililit pada pinggang lelaki atau perempuan untuk mengukuhkan kedudukan samping atau sarung. Ikat pinggang juga disebut ‘bengkung’.

            Ikat pinggang yang dipakai di atas samping berfungsi sebagai penggalas keris atau senjata lain. Ikat pinggang yang panjang yang dililit beberapa kali di pinggang boleh melindungi pemakainya daripada tercedera semasa bertikam.

BUDAYAArtifak/Mentifak
PENDING

PENDING, sejenis perhiasan yang diperbuat daripada emas, perak, tembaga, suasa atau kayu yang dipakai di dada atau tali pinggang.  Pending asli hanya menggunakan bengkung atau tali pinggang yang dibentuk daripada lipatan kain dan pending dijadikan kepalanya.

BUDAYAKraf Tangan

Kembali ke atas