Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benih 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
benih1. biji daripada buah kecil (seperti padi dan lain-lain) yang akan ditanam, bibit: padi yang baik itu disimpan untuk dijadikan benih; 2. benda yang akan menjadi benda hidup (tumbuh): sperma atau benih jantan; benih cacar; 3. punca, sumber: pelajaran ialah benih kemajuan; 4. keturunan daripada: benih orang bangsawan; 5. sesuatu (perasaan, keadaan, dan lain-lain) yang baru mula wujud atau timbul dan mempunyai kemungkinan untuk berkembang dan sebagainya, bibit: benih kemesraan; benih yang baik tak memilih tanah = jika asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau prb orang yang berketurunan baik ke mana pun perginya akan baik juga jadinya; asal ditugal adalah benih prb tidak usah disusahkan, tidak akan ada orang yang menolong dlm mengerjakan pekerjaan yang baik;Kamus Dewan Edisi Keempat
punat1. benih (bisul dll), mata bintil (bengkak dll): macam bisul yg pecah ~nya; 2. ki sumber segala kejahatan; 3. bp tombol (lampu, radio, dll): ia memetik ~ lampu di dinding dan ruangan itu menjadi terang.Kamus Dewan Edisi Keempat
memesatkan1. menjadikan pesat (pantas, cepat); 2. memperkembangkan (memajukan) dgn cepat, melaksanakan (menggerakkan dsb) dgn pesat atau lebih pesat: keinginan hendak mengeluarkan bahan makanan yg cukup telah membuat kerajaan ~ lagi usaha-usaha mencari benih-benih tanaman yg terpilih; usaha-usaha dan langkah-langkah yg membantu ~ perkembangan bahasa Melayu;Kamus Dewan Edisi Keempat
benih1 biji atau buah yg kecil-kecil, spt padi, yg akan disemai atau ditanam: Dipilihnya buah padi yg bernas dan baik utk dijadikan ~. 2 kecambah drpd biji-biji yg akan ditanam: Apabila sudah berumur empat puluh hari, ~ itu pun dipindahkan ke sawah. 3 sesuatu yg akan tumbuh atau yg akan menjadi: Utk menjauhkan penyakit cacar, ~ cacar hendaklah disuntikkan ke tubuh kita. 4 turunan; baka: ~ lembu itu berasal dr Benggala. berbenih mempunyai benih. membenih ki mula wujud, timbul dsb sesuatu perasaan atau keadaan: Disebabkan selalu belajar bersama, rasa sayang ~ antara mereka. membenihkan menyebabkan timbul atau wujud sesuatu perasaan, hasil dsb: mewujudkan; menghasilkan: Tindakan tsb akan ~ rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan. Usaha gigih mereka kini ~ hasil. pembenihan perbuatan atau usaha menanam benih; penyemaian: ~ awan telah dijalankan utk menghasilkan hujan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penabur1. orang yg menabur (bunga, benih); 2. alat utk menabur sesuatu (spt baja, benih dsb): ~ baja; ~ benih; 3. peluru kecil-kecil, kacang-kacang;Kamus Dewan Edisi Keempat
menabur1. menghamburkan supaya ber-selerak, menyebar (benih dll): ~ benih padi; 2. (kelihatan) dgn banyaknya, ber­taburan: di pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; 3. Pr mulai terbit buahnya (padi): padi teman sudah ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
tampang IVMn 1. biji buah dll yg akan ditanam atau disemai, benih, bibit; ~ cacar ark benih cacar; 2. keratan tumbuhan utk dijadikan benih: ambil ~ tebu itu dan tanam­kan di belakang rumah; 3. ki asal usul, pokok pangkal (drpd sesuatu), punca (drpd sesuatu): inilah ~ segala kejahatan; 4. ki bakal manusia atau binatang (di dlm rahim ibu), lembaga.Kamus Dewan Edisi Keempat
menanam1. menaruh (mencucuk, menabur, dll) benih ke dlm tanah supaya tumbuh: ben­dang ialah tempat ~ padi; 2. menaruh sesuatu dlm lubang dan dikambusi dgn tanah, menim­buni sesuatu yg di dlm lubang dgn tanah, menguburkan (mayat, bangkai, dll): ia me­nyum­­pah orang yg ~ barang letupan itu; maka baginda pun mangkatlah, maka di­tanam orang hampir masjid; 3. = me­na­nam­­­kan menyebarkan sesuatu ajaran (faha­m­an dll), membangkitkan dgn memupuk (semangat, perasaan, dll): di sana beliau telah mena­nam­kan semula benih-benih kebang­saan yg telah patah; 4. memasukkan wang (modal) dlm sesuatu perusahaan dll, memodali, melabur: ia telah ~ modal sebanyak RM600; 5. menegakkan (kekuasaan), memperluas (pengaruh, kepentingan): pihak Komunis sedang giat berusaha ~ pengaruh mereka di dunia sebelah sini; 6. memasukkan benih penyakit ke dlm badan (utk mencegah drpd dihinggapi penyakit), menyuntikkan, mem­biak­kan (benih penyakit dll); 7. mempunyai niat, berhajat (utk berbuat sesuatu), berniat: ~ niat utk naik haji; 8. mengangkat atau menempatkan (sbg wakil, pegawai, dll); 9. Pl, bp masuk ke dlm lumpur (ikan), mem­benamkan diri (dlm lumpur): puas aku men­cari ikan haruan tadi, sudah ~ agaknya;Kamus Dewan Edisi Keempat
semai, = semaian benih tumbuh-tumbuhan yg telah bercambah yg akan ditanam di tempat lain: ~ padi; ~ durian. menyemai menanam benih di tempat tertentu supaya bercambah: Datukku jugalah yg ~, mengubah dan menuai. menyemaikan 1 menabur atau menanam (benih) supaya tumbuh: Dia telah ~ biji-biji kacang itu di atas batas. 2 ki menanam semangat (sifat yg baik dll) supaya berkembang; menyebarkan: Jepun telah ~ semangat kebangsaan di Asia Tenggara. persemaian tempat menyemai. penyemaian perbuatan (hal) menyemai atau menyemaikan. penyemai 1 orang yg menyemai atau menyemaikan: Orang tua pula sbg ~ rasa akrab antara keluarga berlainan bangsa. 2 alat yg digunakan utk menyemai: Biji benih boleh ditabur ke sawah dgn tangan atau dgn menggunakan jentera penanam atau ~ padi. 3 sesuatu (kata dsb) utk menyemaikan rasa, semangat dsb: Insya-Allah akan kutitipkan sekalung kata ~ kasih.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sebar(sébar); bersebar 1. bertabur (benih dll), berserak: tetamu ~ dlm kelompok tunggal atau berdua, bertiga, pd satu meja; 2. ber-kembang (ajaran, agama, dll), meluas: agama Islam ~ di negeri itu; bersebaran bertaburan (di merata tempat), berserakan; menyebarkan menabur (benih dll), meng-hamburkan, menyerakkan: cara pokok ~ buah berserta bijinya berlain-lain; mereka berani mengorbankan apa saja utk ~ agama Islam; tersebar terdapat di mana-mana, terserak, tersiar (ajaran, pendapat, dll): berita angin mulai ~ mengenai kekalahan Jepun; ketersebaran keadaan tersebar: ~ komoditi sejajar dgn ~ budaya; sebaran (sesuatu) yg disebarkan, tebaran (cahaya dll); surat ~ surat yg dibahagi-bahagi-kan kpd orang ramai; ~ am media massa (spt surat khabar, radio, televisyen, dsb); persebaran perihal bersebaran: ~ geografi dialek-dialek Melayu; penyebaran perihal (kegiatan, usaha, dsb) menyebarkan, penaburan, pengembangan: perubahan besar telah berlaku dlm cara ~ agama Islam; penyebar 1. orang yg menyebarkan (mena-burkan, mengembangkan, dll), penabur, pengembang (agama dll): para ~ agama; 2. alat utk menyebarkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas