Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.tang] | بنتڠ

Definisi : ; membentang tampak luas dan rata, menghampar: sesampai di puncak bukit tampak laut ~ di hadapan mereka; membentangi menghamparkan sesuatu di: jikalau Tun Perpatih Permuka Berjajar masuk menghadap, pd tempatnya duduk itu dibentangi permaidani; membentangkan 1. menghamparkan, membeberkan: ia melabuh sauhnya seraya ~ kajang utk berbaring-baring melepaskan jerihnya; Pak Kadok ~ layar dan mengemudikan perahunya; 2. memaparkan, menghuraikan, menerangkan: peringatan serupa itu kerap kali dibentangkan dan dipaparkan oleh Rosita kpd mereka itu; 3. menyampaikan sesuatu (kertas kerja dll): kertas kerja ini telah dibentangkan pd seminar Bahasa dlm Pendidikan ke-IV; terbentang terbuka luas, terhampar: sawah padi yg ~ luas; pembentangan 1. perbuatan membentangkan (menghamparkan, membeberkan), penghamparan, pembeberan; 2. perbuatan membentangkan (memaparkan, menghuraikan, menerangkan), pemaparan, penghuraian, penerangan;pembentang orang yg membentangkan sesuatu: ~ kertas kerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ben.tang] | بنتڠ

Definisi : sj kereta tarik (tidak beroda) yg ditarik oleh binatang spt kerbau dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ben.tang] | بنتڠ

Definisi : ; membentang luas dan rata, terbuka lapang: Sawah padi tampak ~ dr bukit ke bukit. membentangi 1 menutup dgn sesuatu yg dihamparkan; menghampari: Mereka telah ~ lantai masjid itu dgn permaidani hijau. 2 terletak dgn luas di; menghampari: Sawah yg luas ~ kawasan lembah itu. membentangkan 1 membuka sesuatu drpd gulungan atau lipatan luas-luas; menghamparkan: Sambil ~ tikar, ia menyilakan tetamu naik ke rumahnya. 2 memberikan penerangan atau pendapat ttg sesuatu; menghuraikan sesuatu dgn panjang lebar: Haji Ali telah ~ pendapatnya dgn panjang lebar dlm mesyuarat itu. Beliau ~ kertas kerja ttg cara menangani masalah disiplin di kalangan pelajar. terbentang kelihatan terbuka luas-luas; terhampar: Dr situ, mereka nampak tanah lapang putih berkilau-kilauan ~ ke arah kutub utara. pembentangan perbuatan atau hal membentangkan. pembentang orang yg membentangkan: ~ kertas kerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ben.tang] | بنتڠ

Definisi : sj kereta tidak beroda yg ditarik oleh binatang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bentang

Puisi
 

Bentang tikar tengah rumah,
     Hendak tabur biji lada;
Tabik encik orang di rumah,
     Saya main kurang bahasa.


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berdasarkan gambar yang disertakan, apakah jawapan yang paling tepat bagi soalan 1? 1. Pejabat pos itu terletak di ___ jalan itu. A. seberang B. pinggir C.hujung D. hadapan Apakah jawapan paling tepat bagi soalan yang kedua ? Mengapakah jawapan tersebut dipilih? 2. "Jika begitu, biarlah ___ membawa diri ke Bentang," kata Hang Setia. A. patik B. aku C. saya D. hamba Sekian, terima kasih.1. Pejabat pos itu terletak di pinggir jalan itu. Lihat visual, bangunan itu terletak di pinggir jalan. 
2. "Jika begitu, biarlah hamba membawa diri ke Bentang," kata Hang Setia. 
Tatabahasa24.04.2015

Kembali ke atas