Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ark betik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bentik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
macrobenthosmakrobentosSains MarinTiadaOrganisma bentik (bentos) yang bersaiz besar dan dapat dilihat dengan mata kasar. Dalam pengkelasan organisma bentik, terdapat makrobentos yang mempunyai saiz badan melebihi 500 mikrometer (kadangkala skala 1000 mikrometer digunakan). Banding meiobentos, mikrobentos.
benthic zonezon bentikSains MarinTiadaKawasan dasar laut yang bermula dari garis pantai, iaitu di kawasan air pasang surut sehingga kawasan laut dalam. Organisma yang mendiami persekitaran bentik dinamakan bentos. Lihat juga bentos.
meiobentosmeiobentosSains MarinTiadaOrganisma bentik (bentos) yang mempunyai saiz badan lebih besar daripada mikrobentos, tetapi lebih kecil daripada makrobentos. Dalam pengkelasan organisma bentik, meiobentos mempunyai julat saiz di antara 63-500 mikrometer (kadangkala skala 10-1000 mikrometer digunakan). Banding makrobentos, mikrobentos.
benthic-pelagic couplinggandingan bentik-pelagikSains MarinTiadaZon antara muka sedimen-air yang merupakan kawasan berlakunya proses kitaran semula nutrien. Zon ini menerima pelbagai bahan organik dan bukan organik yang mendap dari zon pelagik di atasnya seperti plankton mati, bahan buangan, bahan organik dan detritus yang akan menjalani proses penguraian secara biologi atau kimia dan dikitar semula. Kitaran ini sangat penting kepada produktiviti sesuatu perairan.
microbentosmikrobentosSains MarinTiadaOrganisma bentik yang bersaiz mikro atau sangat kecil, iaitu kurang daripada 10 mikrometer (0.1 mikrometer). Contohnya, bakteria, diatom, siliata dan flagelata. Banding makrobentos, meiobentos.
endobenthosendobentosSains MarinTiadaOrganisma bentik (bentos) yang tinggal di dalam sedimen dasar laut, sama ada dengan membina tiub, menggali atau mengorek ke dalam sedimen. Contohnya, pelbagai spesies cacing poliketa dan kerang-kerangan.
epibenthosepibentosSains MarinTiadaOrganisma bentik (bentos) yang hidup di bahagian permukaan sedimen dasar laut atau di kawasan antara muka sedimen-air. Epibentos biasanya melekat pada permukaan sedimen, batuan dasar atau cangkerang. Contohnya, rumpai laut, span, timun laut, teritip dan sebagainya.
zoobenthoszoobentosSains MarinTiadaFauna yang mendiami sekitar kawasan bentik lautan. Lihat juga bentos.
benthosbentosSains MarinTiadaOrganisma yang hidup di bahagian bentik atau dasar laut, sama ada di permukaan, di dalam atau berhampiran dengan sedimen dasar. Organisma bentos merangkumi kedua-dua komponen flora dan fauna. Contohnya, fauna bentos seperti cacing poliketa, pelbagai spesies krustasia, pelbagai spesies moluska, serta spesies ikan dasar laut seperti ikan sebelah, ikan pari dan sebagainya. Contoh flora bentos pula seperti rumput laut, rumpai laut dan pelbagai jenis alga.
burrowing organismorganisma penggaliSains MarinTiadaOrganisma infauna yang mempunyai keupayaan menggali ke dalam sedimen. Organisma penggali sangat penting kepada ekosistem bentik kerana aktiviti organisma penggali mempengaruhi kedinamikan, irigasi dan kadar pengoksigenan sedimen. Contohnya, kerang, ikan belacak, siput pepahat, cacing poliket dan lain-lain. Lihat juga biokacauan.
12

Kembali ke atas