Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
muka (kata nama)
1. Bersinonim dengan wajah: rupa, paras, roman, raut, bentuk, potongan, iras, domol, tampang,

2. Bersinonim dengan depan: hadapan, hadap, anterior,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : mengemukakan, terkemuka, bersemuka, menyemukakan, bermuka-muka, permukaan, pengemukaan, pemuka,

Puisi
 

Sirih kuning di muka pintu,
     Gajah bersila di dalam mangkuk;
Putih kuning di muka pintu,
     Buat ubat mata mengantuk.


Lihat selanjutnya...(47)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, saya ingin bertanya tentang perkataan 1. "menerangkan" adakah perkataan ini ialah kata kerja transitif atau tak transitif? Selepas menerangkan, mestikah diikuti dengan objek? Contoh : i) Cikgu Hanif menerangkan tentang bentuk muka bumi kepada murid-murid. ii)Cikgu Hanif menerangkan bentuk muka bumi kepada murid-murid. Ayat yang mana betul, i atau ii ? 2. Perkataan "berisi" Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka, berisi bermaksud :3. = berisikan mengandungi, bermuat: baldi yg ~ air mandi; Dalam keadaan ini, selepas perkataan berisi, perlukah diikuti dengan perkataan "dengan"? Contoh : i) Saya menatang dulang yang berisi dengan makanan. ii) Saya menatang dulang yang berisi makanan. Ayat mana satu yang betul, i atau ii ? Ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu kepada tuan.

1. Perkataan menerangkan merupakan kata kerja aktif transitif, iaitu kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Ayat yang betul ialah ayat (ii)

2. Mengikut Kamus Dewan Perdana, berisi dalam konteks ayat yang diberikan bermaksud ada seseorang atau sesuatu  di dalamnya. Ayat yang betul ialah ayat (ii)
Tatabahasa24.11.2021
Soalan yang berikut berdasarkan 'pernyataan' di bawah. 'Anda berpeluang mengelilingi sebuah pulau bersama-sama keluarga pada cuti persekolahan.' Bentuk muka bumi pantai yang dapat anda lihat ialah .... Soalan saya: Setahu saya perkataan 'pernyataan' di sini adalah betul tetapi kalau dilihat kertas soalan STPM (Majlis Peperiksaan M'sia) menggunakan perkataan 'penyataan' tanpa 'r'. Boleh beri confirmation tentang hal ini. Terima kasihPernyataan bermakna pengumuman, pemberitahuan atau pemakluman; manakala penyataan pula bermakna perbuatan menyatakan (melahirkan, dll). Dalam contoh ayat yang diberikan, penggunaan yang sesuai ialah pernyataan.Makna12.03.2008
penggunaan perkataan bunda. apakah maksud perkataan bunda. mengapakah penggunaan perkataan tersebut digunakan jika, maksud perkataan bunda tiada di dalam kamus.Perkataan bunda bermaksud depan yang berkaitan dengan bentuk muka bumi dan idea berasosiasi dalam bahasa suku kaum Bajau Tuaran.  Perkataan ini belum dirakamkan dalam kamus kerana bahasa sukuan ini belum meluas penggunaanya dalam kalangan masyarakat pengguna bahasa.Istilah24.05.2010
Mohon bantuan untk muatturun bahan multimedia untuk sekolah Assalamualaikum, Tuan, Saya berhajat untuk memuat turun bahan berkenaan tetapi gagal. Mohon bantuan tuan. Pautan yang berkaitan adalah seperti berikut: http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/764 Maklumat bentuk muka bumi. Terima kasih

Lain-lain18.09.2017
Assalamualaikum Saya Nurinee Chemudo berlajar bahasa Saya ingin bertanya tentng bahasa Apakah makna WajahMenurut data kami, maksud wajah ialah air muka; muka; paras: ~nya berseri-seri. berwajah 1 mempunyai atau menampakkan wajah (paras rupa, air muka dan sebaginya): ~ ceria. 2 mempunyai atau menampakkan keadaan luaran atau pemandangan sesuatu: Buku lama ~ baru. berwajahkah menggunakan atau mempunyai sesuatu sebagai wajah: Apakah benar kalian berani kerana benar? tanya ketua makhluk ~ semut itu. mewajahi memberikan rupa atau keadaan luaran kepada: Pemandangan alam semula jadi yang indah ~ pulau legenda itu. perwajahan perihal atau proses menjadikan sesuatu berwajah: ~ yang menarik telah dirancang untuk iklan bagi menarik pelancong. pewajahan perihal atau perbuatan memberikan wajah kepada sesuatu; proses mewajahi sesuatu: ~ merupakan salah satu usaha penting dalam mereka bentuk kulit majalah tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wajahMakna15.11.2015
Tuan, soal tentang bentuk yang betul antara "muka surat 159" atau "muka surat ke-159" dengan "tingkat sembilan" atau "tingkatan kesembilan" telah saya isikan dalam WordPad. Mohon tuan mendalilkan soal ini. Terima kasih tuan.Penggunaan yang betul ialah muka surat 159 dan tingkat sembilan.Tatabahasa19.11.2016
"...muka hadapan akhbar Sinar Harian." atau "...muka depan akhbar Sinar Harian." atau kedua-duanya betul dan tepat?

Salam saudara,

Berdasarkan Kamus Dewan edisi ketiga, depan dan hadapan mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, kedua-dua bentuk, iaitu muka depan dan muka hadapan adalah betul dan boleh digunakan.

Makna09.10.2012
Apakah maksud: 1. Papan tanda 2. Papan jalan 3. Papan tulis 4. Reka atur 5. Reka letak 6. Muka pintu 7. Muka taip 8. Balai cerap 9. Bahu jalan sama dengan tepi jalan? Terima kasih atas penjelasan tuan.1. Papan tanda bermaksud papan nama sesuatu tempat (kawasan, syarikat, dan sebagainya).
3. Papan tulis ialah papan yang biasanya bercat hitam tempat menulis dengan kapur.
5. Reka letak ialah susunan bahan bertulis, fotograf atau kerja seni pada iklan atau halaman buku, surat khabar, dan lain-lain.
6. Muka pintu bermaksud ambang pintu.
7. Muka taip bermaksud a) permukaan cetakan bagi sesuatu jenis taip; b) reka bentuk permukaan jenis taip tertentu;
8. Balai cerap ialah bangunan yang dilengkapi peralatan tertentu untuk membolehkan ahli sains dan sebagainya membuat pemerhatian terhadap fenomena cuaca, bintang dsb;
9. Bahu jalan bermaksud bahagian tepi atau sisi jalan (di luar bahagian untuk laluan kenderaan).

Istilah reka atur dan papan jalan tiada dalam data kami. Istilah yang betul papan tanda nama jalan, iaitu yang digunakan untuk meletakkan nama jalan.
Makna26.11.2013
Assalamualaikum. Apakah terjemahan untuk perkatasn 'Sheet Mask' dalam bahasa Melayu? Topeng muka kedengaran kurang sesuai. Ini sheet mask yang digunakan dalam industri kecantikan. Terima kasihPihak kami mencadangkan "sheet mask" diterjemahkan sebagai "topeng kepingan", topeng helaian" atau "topeng pipih". "Pupur muka" juga boleh dijadikan padanan bagi "sheet mask", bergantung pada jenis, bentuk dan kegunaan produk tersebut. 

Untuk makluman, topeng muka atau pelitup muka pula merupakan padanan bagi "face mask" dan bukannya "sheet mask".
Penyemakan dan penterjemahan13.08.2020
Salam sejahtera, Saya ingin bertanyakan perbezaan antara perkataan dikurangkan dengan perkataan dikurangi. Terima kasih dan salam hormat.

Untuk makluman, apitan di...kan ialah bentuk pasif bagi apitan meN-...-kan. Contohnya "mengurangkan" (bentuk aktif) dan "dikurangkan" (bentuk pasif). Manakala, apitan di-...-i  ialah bentuk pasif bagi apitan meN-...-i, contohnya "mengurangi" (bentuk aktif) dan "dikurangi" (bentuk pasif). Untuk maklumat lanjut, rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 202 dan 208.

Tatabahasa01.01.2020
123456

Kembali ke atas