Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.nua] | بنوا

Definisi : 1. daratan yg sangat luas (Asia, Eropah, Amerika, Afrika, dan Australia): ~ Eropah; 2. negeri, tanah: ~ China; ~ Arab; spt burung gagak pulang ke ~ prb orang pulang merantau jauh yg tidak bertambah pengetahuannya; kebenuaan bersifat benua: iklim ~ terlalu panas dan terlalu sejuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.nua] | بنوا

Definisi : 1 tanah atau daratan yg luas di dunia ini spt Asia, Afrika, Amerika, Australia dan Eropah. 2 tanah yg luas; negara yg besar: ~ China. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benua

Puisi
 

Empat puluh kapal Peringgi,
     Kapal nak masuk benua China;
Teguh-teguh berpegang janji,
     Saya nak masuk bergadai nyawa.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Kain lepas putus benang, Kain datang Benua Keling; Sudah lepas jangan dikenang, Sama-sama mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Empat puluh kapal Peringgi, Kapal nak masuk benua China; Teguh-teguh berpegang janji, Saya nak masuk bergadai nyawa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kencang-kencang angin ke Timur, Hendak belayar ke Benua Jawa; Dipanjangkan Allah apa ke umur, Hendak membeli gambar bernyawa.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas