Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berada di

Puisi
 

Burung merpati terbang sekawan,
     Hinggap di hujung ruang seri;
Buah hati diamlah tuan,
     Bonda berada di dalam negeri.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Majlis di tepi air,
     merdesa di perut kenyang.

Bermaksud :

Orang yang berada dengan mudah dapat memilih apa yang diingininya. majlis = bersih; merdesa = orang pemilih makanan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
internal gearingpenggearan dalamMekanikGunaanProses pemacuan gear dengan keadaan satu roda gear berada di sebelah dalam roda yang satu lagi, iaitu gigi salah satu daripada gear berkenaan berada di sebelah dalam roda gear itu. roda yang lebih besar, iaitu yang giginya berada di sebelah dalam, dinamai roda anulus dan roda yang kecil dinamai pinion. Penggearan dalam menghasilkan putara roda pengikut yang sama halanya dengan hala putaran roda pemacu.
stratospherestratosferaAeroangkasaTiadaKawasan atmosfera yang berada di antara tropopaus dengan stratopaus.,Kawasan atmosfera yang berada di antara tropopaus dengan stratopaus.
superior ovaryovari superiorBotaniTiadaOvari yang berada di atas pudung dengan bahagian stamen, sepel dan petal berada di pangkalnya. Lihat juga hipoginus.
emerged planttumbuhan timbulPerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan air yang sebahagian daripada batang dan akarnya berada di dalam air dan sebahagian besar tumbuhannya berada di luar air. Contoh tumbuhan timbul ialah pegaga, teratai, Anubias sp., Cryptocoryne sp. dan Echinodorus sp.
anterioranteriorSains SukanBiomekanikBerkaitan dengan orientasi kedudukan yang mengarah ke bahagian hadapan jasad. Contohnya, dahi berada di bahagian anterior tengkorak, manakala patela berada di bahagian anterior sendi lutut.
genusgenusHerbaBotani dan BioteknologiKumpulan tumbuhan yang mempunyai perkaitan yang rapat. Mengikut pengelasan taksonomi, genus berada di kedudukan lebih atas dari spesies dan berada di kedudukan bawah famili sesuatu tumbuhan. Genus merupakan perkataan pertama bagi nama spesies dalam sistem nama saintifik organisma. Contohnya, Carica ialah nama genus bagi spesies Carica papaya (betik) dalam famili Caricaceae. Perkataan ini ditulis secara italik dan huruf pertama menggunakan huruf besar.
crossed diplopiadiplopia silangSains KesihatanTiadaImej berganda binokular yang terhasil apabila imej mata kiri kelihatan berada di sebelah kanan dan imej mata kanan kelihatan berada di sebelah kiri medan penglihatan.
electric energytenaga elektrikFizikElektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan1. Tenaga yang dipunyai oleh arus elektrik apabila berada di dalam medan eletkrik. 2. Tenaga arus elektrik apabila berada di dalam medan magnet.
uncrossed diplopiadiplopia tak silangSains KesihatanTiadaImej berganda binokular yang terhasil apabila imej mata kiri kelihatan berada di sebelah kiri dan imej mata kanan kelihatan berada di sebelah kanan medan penglihatan.
bookstallgerai bukuPerpustakaanTiadaRuang kecil, sama ada sementara atau kekal, untuk menjual buku, yang biasanya hanya membenarkan pembeli berada di bahagian luar, sementara penjual berada di bahagian dalam.
12345678910...

Kembali ke atas