Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.di/]/[ber.a.di/] | براديق

Definisi : 1. mempunyai atau ada adik: biarlah dia bermanja sepuas-puasnya sementara belum ~ lagi; 2. bersaudara kandung: kami tinggal tiga ~ di rumah itu selepas pemergian ayah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.di/]/[ber.a.di/] | براديق

Definisi : 1 mempunyai adik: Amir belum ~ lagi. 2 bersaudara kandung: Dua ~ itu telah pergi berjumpa dgn Datuk Penghulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beradik

Puisi
 

Budak-budak dua beradik,
     Pergi ke pasar beli padi;
Saya asal teras yang baik,
     Hujan panas serba jadi.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaOrang bersisik adik beradik, Turun menjala Sungai Asahan; Kalau pandai kita memetik, Mana buah rosak sedahan.
Kurik Kundi Merah SagaBudak-budak dua beradik, Pergi ke pasar beli padi; Saya asal teras yang baik, Hujan panas serba jadi.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina dua beradik, Seorang bodoh seorang cerdik; Seumpama ayam kudidik, Cari makan yang baik-baik.
Kurik Kundi Merah SagaAnak anjing dua beradik, Satu bodoh satu cerdik; Saya umpama teras yang baik, Tahan berjemur di panas terik.
Kurik Kundi Merah SagaTetak sebentang bawa mudik, Anak raja duduk di taman; Duduk bertentang adik beradik, Bagai bunga kembang setaman.
Kurik Kundi Merah SagaTetak serentang bawa mudik, Anak raja duduk di taman; Duduk bertentang adik-beradik, Bagai bunga kembang setaman.
Kurik Kundi Merah SagaAwa-awa kena belatik, Sayang Cik Cepa mudik bergalah; Buat pura dua beradik, Barang siapa menjadikan salah.
Kurik Kundi Merah SagaSarang penyengat perdu mengkuang, Awa-awa kena belantik; Jika ditengok oleh orang, Buat pura dua beradik.
Kurik Kundi Merah SagaRiang-riang memanjat pagar, Anak kura kena belantik; Hari siang abang tak sedar, Saya tidur dua beradik.

Kembali ke atas