Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.di/]/[ber.a.di/] | براديق

Definisi : 1. mempunyai atau ada adik: biarlah dia bermanja sepuas-puasnya sementara belum ~ lagi; 2. bersaudara kandung: kami tinggal tiga ~ di rumah itu selepas pemergian ayah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.di/]/[ber.a.di/] | براديق

Definisi : 1 mempunyai adik: Amir belum ~ lagi. 2 bersaudara kandung: Dua ~ itu telah pergi berjumpa dgn Datuk Penghulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beradik

Puisi
 

Budak-budak dua beradik,
     Pergi ke pasar beli padi;
Saya asal teras yang baik,
     Hujan panas serba jadi.


Lihat selanjutnya...(9)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
mu oput nu pusod, *muoput nopusod* Tbadik beradik.Mu oput nu pusod. Biar mereka yang membuat keputusan Sindan anak mereka. Orang lain apa tahu. Lebih-lebih lagi Mudin yang hanya terbawa-bawa oleh bininya.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bekepit, *kepit* Ibkepercayaan Iban yang merujuk kepada kedudukan bilik tiga adik- beradik di mana bilik si bungsu tidak boleh terletak di tengah-tengah kerana dipercayai boleh mendatangkan malapetaka.Susunan bilik mereka diatur dengan baik supaya tidak melanggar pantang rumah panjang yang disebut bekepit. Bilik kepunyaan Anong dan Aning agak besar dan terletak di tengah-tengah rumah panjang.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ilum Ibpinang yang dikacip dan digulung dengan sirih berkapur untuk dimakan.Mereka dua beradik mengancam dengan suara yang sangat nyaring. Meradana terus menampalkan ilum pinang ke timbau perahu seperti yang dinasihatkan oleh Kumang. Perahu itu terus senget dan hendak karam.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas