Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.du]/[ber.a.du] | برادو

Definisi : tidur (bkn raja); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.du]/[ber.a.du] | برادو

Definisi : 1. berlanggar, berlaga, berhan­tuk(an), terhantuk: motokar itu ~ dgn kereta lembu; terdengar gelas ~; kepalanya ~ dgn dinding; 2. bertarung, berlaga, bersabung: ayam yg sedang ~; 3. bertanding, berlawan (utk merebut kemenangan atau menentukan sesuatu); ~ cantik bertanding utk menentukan siapa yg paling cantik; ~ tenaga bertanding utk menentukan siapa yg kuat; ~ nasib mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dgn harapan akan beroleh kejayaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.du]/[ber.a.du] | برادو

Definisi : tidur (digunakan utk raja-raja). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.ra.du]/[ber.a.du] | برادو

Definisi : 1 bertanding utk merebut kemenangan dlm sesuatu perlumbaan, pertandingan dsb: Badang telah ~ kekuatan dgn seorang yg gagah bernama Benderang. 2 berlaga; bersabung: ayam ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beradu

Puisi
 

Makan tebu buku ditaruh,
     Buat ubat masuk cendawan;
Bukit beradu gunung bertaruh,
     Riuh-rendah mambang di awan.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaOrang nyanyi di balik tabir, Raja beradu di atas tilam; Abang sudah habis fikir, Hendaklah mati bertindih tulang.
Kurik Kundi Merah SagaMakan tebu buku ditaruh, Buat ubat masuk cendawan; Bukit beradu gunung bertaruh, Riuh-rendah mambang di awan.
Kurik Kundi Merah SagaKain biru pengesat tangan, Orang berjamu di rumah kenduri; Mata beradu lalu berpandangan, Kita bertemu baru sekali.
Kurik Kundi Merah SagaKain biru pengesat tangan, Orang berjamu di rumah kenduri; Mata beradu lalu berpandangan, Kita bertemu baru sekali.
Kurik Kundi Merah SagaBurung putih hinggap di batu, Burung merpati selindung awan; Adik putih masuk beradu, Di dalam hati sangat rawan.

Kembali ke atas