berahi | 1. perasaan cinta atau kasih yg amat sangat: Apabila melihat gadis yg cantik itu, maka timbullah ~ dlm hatinya. 2. sangat suka; sangat gemar: Ia sangat ~ mendengar muzik Melayu asli. memberahikan 1. menaruh rasa cinta atau berahi terhadap; mencintai seseorang dgn amat sangat: Banyak perempuan yg ~ Hang Tuah ketika ia di Majapahit. 2. mendatangkan rasa cinta yg amat sangat; membuat orang jatuh berahi: Senyumannya sungguh ~. keberahian rasa atau keadaan berahi. | Kamus Pelajar |
memberahikan | 1. menaruh rasa cinta atau berahi terhadap; mencintai seseorang dgn amat sangat: Banyak perempuan yg ~ Hang Tuah ketika ia di Majapahit. 2. mendatangkan rasa cinta yg amat sangat; membuat orang jatuh berahi: Senyumannya sungguh ~. | Kamus Pelajar |
ghairah | kemahuan hati atau nafsu berahi yg kuat; penuh minat atau penuh perasaan: Dgn penuh ~, dia menunggu jawapan drpd gadis itu. mengghairahi sangat mengingini; sangat-sangat berkehendak akan sesuatu: Dia ~ jawatan Ketua Bahagian itu. mengghairahkan menimbulkan kemahuan hati atau rasa berahi yg amat sangat: Filem-filem lucah yg ~ tidak boleh ditayangkan di negara kita. keghairahan keinginan (keberahian, kehendak) yg amat kuat. | Kamus Pelajar |
asmara | cinta kasih; berahi: mabuk ~. berasmara bercinta-cintaan; berkasih-kasihan. | Kamus Pelajar |
keberahian | rasa atau keadaan berahi. | Kamus Pelajar |
giur | menggiurkan menimbulkan rasa berahi; memberahikan: Senyumannya ~ hati. | Kamus Pelajar |
mengghairahkan | menimbulkan kemahuan hati atau rasa berahi yg amat sangat: Filem-filem lucah yg ~ tidak boleh ditayangkan di negara kita. | Kamus Pelajar |
edan | /édan/ gila: ~ kasmaran gila berahi. | Kamus Pelajar |
bercintakan | 1. menaruh cinta atau berahi akan. 2. berasa rindu akan. | Kamus Pelajar |
bercinta | 1. menaruh perasaan cinta atau berahi akan. 2. menaruh rindu; berasa rindu: Ibu tua itu selalu ~ akan anak tunggalnya yg sedang menuntut di luar negeri. | Kamus Pelajar |