Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berai;

Puisi
 

Baju perai berkain berai,
     Pakai anak raja Semarang;
Jiwa di badan sudah bercerai,
     Inikan pula kasih menumpang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tangguk lerak dengan bingkainya.

Bermaksud :

Suami isteri yang kekal sampai tua. lerak = rosak bercerai-berai.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Pergilah petang mandi di pancur, Daunlah bayam saya tumiskan; Berai siang dapat dihibur, Berai malam saya tangiskan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baju perai berkain berai, Pakai anak raja Semarang; Jiwa di badan sudah bercerai, Inikan pula kasih menumpang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tidak berotan akar dipakai, Tidak berberas padi tumbuk; Banyak kawan bercerai-berai, Umat lemas mati tercekik.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buah nangka buah bergetah, Tua mudanya dapat digulai; Sudah tua sudah membantah, Rumah tangga bercerai-berai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila cukup bilangan hari, Jangan lagi berlalai-lalai; Apabila hidup bersuami isteri, Jangan sekali bercerai-berai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tidak berkayu tangga ditakik, Tidak berotan akar dipakai; Umat berseteru dunia terbalik, Banyak kawan bercerai-berai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kerana beruk duduk melukah, Banyaklah kijang datang mengintai; Kerana datuk tertangkap basah, Banyak orang bercerai-berai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Batu kinyang jauh ke darat, Jalan kereta setengah hari; Makin dikenang makin melarat, Makin dicinta tambah berai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas