Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.rair]/[ber.air] | براءير

Definisi : 1. mengandungi air (bkn kolam, sungai, buah-buahan, dll); 2. mengeluarkan air atau cecair; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.rair]/[ber.air] | براءير

Definisi : berisi air; mengeluarkan air: Telaga ini tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berair

Puisi
 

Naik bukit bermain angin,
     Makan buah serba rasa;
Sakit sungguh tinggal bermain,
     Makan kuah berair mata.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Karam tidak berair.

Bermaksud :

Mendapat bencana dengan tidak bersebab.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
formalinformalinLarutan berair yang terdiri daripada 37% - 50% formaldehid yang biasanya digunakan sebagai bahan pengawet.Menengah Rendah
kemaraudroughtKeadaan kering kontang dan tidak berair kerana tiada hujan. Lihat RajahSekolah Rendah
lecurblisterKeadaan kulit yang mengelupas, menggelembung dan berair akibat terkena sesuatu seperti bahan berasid atau air panas. Lihat RajahSekolah Rendah
hidrotropismehydrotropismGerak balas tumbuhan terhadap kehadiran air atau lembapan. Contohnya, pertumbuhan akar ke arah kawasan lembap atau berair.Menengah Rendah
selesemafluPenyakit yang menjangkiti bahagian atas salur pernafasan disebabkan oleh virus. Selesema biasanya diiringi oleh mata dan hidung berair.Sekolah Rendah
cacar airchickenpoxSejenis penyakit yang disebabkan oleh virus dan mudah berjangkit. Ciri-ciri penyakit cacar air ialah demam berbintik-bintik merah dan berair serta meninggalkan kesan atau parut pada kulit. Lihat RajahSekolah Rendah
hidrotropismehydrotropismPergerakan yang berlaku pada sebahagian tumbuhan sebagai gerak balas terhadap kehadiran air atau lembapan. Contohnya, akar menunjukkan hidrotropisme positif kerana tumbuh ke arah kawasan lembap atau berair, manakala hipokotilnya menunjukkan hidrotropisme negatif kerana tumbuh menjauhi air.Menengah Atas

Kembali ke atas