Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.ja.ra.ja] | براج - راج

Definisi : sl bercampur (bergaul) dgn raja, hidup bersama-sama raja (tahu adat-istiadat di dlm istana): baiklah anakku, supaya engkau tahu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beraja-raja

Peribahasa

Beraja di mata,
     bersultan di hati.

Bermaksud :

Menurut kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Council of RulersMajIis Raja-rajaSains PolitikPolitik PerbandinganMajlis yang dibentuk untuk mengurus dan mengawal selia hal ehwal yang berkaitan dengan raja dan bidang kuasanya. Idea pembentukan majlis ini muncul seiring dengan kemunculan konsep raja berpelembagaan apabila mereka tidak lagi menjadi pemerintah yang bersifat mutlak. Dalam era pemerintahan moden, negara demokrasi yang mempunyai raja telah ditakrifkan sebagai raja berpelembagaan dan tidak lagi mempunyai kuasa eksekutif dalam hal ehwal pemerintahan negara. Namun untuk mengekal dan memelihara status monarki ini, dibentuk sebuah majlis yang dianggotai oleh raja-raja yang memerintah. Majlis ini berfungsi sebagai badan yang mengurus pelantikan seorang raja atau sultan sebagai ketua negara, peraturan khusus berhubung dengan perilaku raja atau sultan, pelantikan majlis atau mahkamah khas bagi raja yang melanggar kod etika dan sebagainya. Parlimen perlu memohon persetujuan majlis ini sebelum membuat sebarang pindaan terhadap perkara yang berkaitan dengan agama dan juga peruntukan khusus kepada raja. Contohnya, Majlis Raja-raja di Malaysia terdiri daripada sembilan orang sultan yang mewakili negeri beraja.
princely statenegeri kecil berajaSains PolitikPolitik PerbandinganWilayah yang berada di bawah naungan pemerintah berketurunan raja. Putera raja yang memerintah mendapat autonomi terutamanya dalam urusan undang-undang, bahasa, kabinet dan cuti awam manakala bidang lain yang penting tetap dipegang oleh kerajaan kolonial atau pemerintah pusat. Peranan putera raja ini lebih bersifat simbol tanpa mempunyai kuasa eksekutif. Negeri kecil beraja biasanya dikaitkan dengan wilayah diraja India semasa pemerintahan kolonial Inggeris dahulu. Di India semasa kemerdekaannya, terdapat 680 negeri seperti ini yang menghantar wakilnya ke dewan perundangan khas yang dinamakan Dewan Putera-Putera. Contoh negeri beraja ini ialah Hyderabad, Mysore dan Jammu-Kashmir.
constitutional monarchypemerintahan raja berperlembagaanPentadbiranPentadbiran Awam

Sistem pentadbiran beraja berasaskan perlembagaan. Raja berada di kemuncak hierarki pemerintahan berperanan untuk menggubal dan melaksanakan dasar-dasar petadbiranan sesebuah negara mengikut peruntukan dalam perlembagaan dan undang-undang. Dalam konteks ini, Raja tidak berkuasa mutlak kerana kuasa baginda dihadkan oleh Perlembagaan. Bagi melaksanakan pemerintahan, Raja tidak memegang kuasa secara langsung, tetapi mewakilkan kuasa itu kepada sekumpulan wakil yang menjadi anggota Kabinet diketuai oleh seorang Perdana Menteri. Baginda menjalankan tugas secara simbolik dan menjadi lambang perpaduan serta tonggak kekuasaan. Pemerintahan raja berperlembagaan menetapkan raja dikehendaki menerima nasihat daripada anggota Kabinet dan bertindak menurut nasihat tersebut.

kingshippemerintahan berajaSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan raja sebagai pemerintah yang berkuasa mutlak dalam sesebuah negara. Pemerintahan ini meletakkan raja sebagai sumber kuasa atau menguasai penggubalan undang-undang. Raja juga mengetuai pemerintahan atau badan kabinet dan memiliki sepenuh kuasa ke atas mahkamah atau badan yang mengadili undang-undang. Segala aspek pemerintahan seperti dasar ekonomi negara, perjalanan pentadbiran, kebebasan media, sistem pendidikan dan kewangan ditentukan oleh pihak istana. Penggantian kuasa dalam negara seperti ini melalui sistem keturunan atau warisan. Contohnya, negara Brunei Darussalam.
princely capitalbandar berajaSains PolitikPolitik PerbandinganBandar yang menjadi ibu negeri atau pusat pentadbiran kepada negeri yang diperintah oleh keturunan raja. Bandar ini menjadi pusat pentadbiran, aktiviti ekonomi yang utama serta menjadi tumpuan imigran dari dalam atau luar bandar. Contohnya, bandar Hyderabad di India. Sinonim bandar berdaulat.
BastilleBastilleSains PolitikHubungan AntarabangsaBenteng yang dibina oleh Hugh Aubriot, berhampiran gerbang Saint-Antoine pada tahun 1369. Benteng ini dibina sebagai pertahanan kota Paris daripada serangan pihak Inggeris semasa pemerintahan Charles V dan Charles VI. Benteng ini kemudiannya diubah suai dan dijadikan sebagai penjara. Penjara ini terkenal sebagai tempat tahanan musuh politik pemerintahan beraja Perancis. Penjara Bastille menjadi simbol kepada kemutlakan kuasa raja. Pada 14 Julai 1789, benteng tersebut telah diserbu dan dimusnahkan oleh penduduk Paris. Kejatuhan Bastille ini menandakan bermulanya Revolusi Perancis. Sehingga kini, tarikh 14 Julai dijadikan Hari Kebangsaan Perancis.

Kembali ke atas