Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.kah] | براکه

Definisi : sl cakap besar, sombong: yg pertama masuk, Tun Isap namanya, ialah menghuluhulukan orang masuk itu dgn pantasnya, tetapi sekali juga ia masuk tiada lagi masuk, takut ia, dinamai orang Tun Isap B~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berakah


Pantun

PantunSumberTema
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai membawa berakah; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai tiada susah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tabiat Melayu suka mengalah, Supaya hidup tidak bergaduh; Sepakat Melayu membawa berakah, Selama hidup nampak senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Patuh Melayu kepada raja, Raja adil raja disembah; Senonoh laku sempurna kerja, Kerja kecil membawa berakah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Besar kayu kerana uratnya, Urat menghunjam ke dalam tanah; Besar Melayu kerana adatnya, Adat resamnya membawa berakah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas