Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.kar]/[ber.a.kar] | براکر

Definisi : 1. mempunyai akar, (sudah) tumbuh akarnya: benih itu sudah ~; 2. = berurat ~ = ~ umbi telah mendalam benar, sudah berpegang teguh-teguh, sukar hilang (luput): pendapat yg demikian sudah ~ dlm dirinya; 3. = berurat ~ sudah beranak cucu (menetap dll): ia sudah ~ di Singapura; 4. = ~ umbi ber­tapak atau berasas kpd (sesuatu) dan se­terus­nya menjadi kukuh dan berkembang: teori beliau mengatakan bahawa sastera Melayu adalah ~ pd tradisi peribumi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berakar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mohon pakar bahasa DBP bantu saya menyemak ketepatan istilah dan struktur bahasa yang digunakan di dalam slogan universiti. Disertakan cadangan slogan tersebut: UiTM, Globally Renowned: Community and Locally Rooted (English Version) UiTM, Terkemuka Dunia: Berakar Tempatan dan Masyarakat Mohon pihak tuan/puan bantu berikan cadangan slogan yang lebih sesuai dan menarik.

Sekiranya bersesuaian dengan konteks yang digunakan, kami mencadangkan padanan bagi slogan UiTM, Globally Renowned: Community and Locally Rooted dalam bahasa Melayu ialah UiTM, Gah di Mata Dunia: Bertunjangkan Masyarakat dan Identiti Tempatan.

Penyemakan dan penterjemahan12.01.2024
Soalan pertama: Apakah definisi Institusi? Soalan Kedua: Apakah yang dimaksudkan dengan "Institusi" yang bertanda bintang (*) pada borang pendaftaran pelanggan/pengguna baru Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) DBP, dan apakah yang patut ditulis pada ruangan tersebut? Agak membingungkan bagi pendaftar baru di kalangan orang awam. Terima Kasih.

Institusi bermaksud:

1. Badan atau organisasi yang ditubuhkan untuk sesuatu tujuan tertentu. Contohnya, institusi kewangan bank, institusi pengajian tinggi universiti atau maktab dan sebagainya.

2. Sesuatu seperti agama, ciri-ciri budaya dan lain-lain yang sudah berakar umbi atau menjadi kukuh dalam masyarakat. Contohnya, institusi pawang, bomoh atau dukun yang sudah ada dalam budaya Melayu sejak berabad-abad lamanya.

 

Institusi yang bertanda (*) pada borang pendaftaran pelanggan/pengguna baru Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) DBP bermaksud seseorang pelanggan/pengguna itu daripada badan atau organisasi mana. Contohnya, institusi kewangan, institusi pengajian tinggi, maktab, pelajar sekolah, pekerja swasta dan sebagainya.
Lain-lain12.02.2021

Kembali ke atas