Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.kar]/[ber.a.kar] | براکر

Definisi : 1. mempunyai akar, (sudah) tumbuh akarnya: benih itu sudah ~; 2. = berurat ~ = ~ umbi telah mendalam benar, sudah berpegang teguh-teguh, sukar hilang (luput): pendapat yg demikian sudah ~ dlm dirinya; 3. = berurat ~ sudah beranak cucu (menetap dll): ia sudah ~ di Singapura; 4. = ~ umbi ber­tapak atau berasas kpd (sesuatu) dan se­terus­nya menjadi kukuh dan berkembang: teori beliau mengatakan bahawa sastera Melayu adalah ~ pd tradisi peribumi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berakar


Pantun

PantunSumberTema
Tumbuh rotan sudah berakar, Pandan berbuah berakar juga; Tujuh lautan sudah terbakar, Sampan sebuah berlayar juga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bila batang tidak berakar, Tentulah tumbang jatuh ke tanah; Bila hutang tidak terbayar, Seteru datang musuh bertambah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bila batang tidak berakar, Batang lapuk dahan meranggas; Bila hutang tidak terbayar, Sebarang duduk merasa cemas.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bila batang tidak berakar, Buah gugur kuncup pun layu; Bila hutang tidak terbayar, Maruah hancur hidup pun malu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat berbatang ada akarnya, Adat berakar tentulah kukuh; Adat berhutang ada bayarnya, Adat membayar tentulah penuh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kain batik bunga bercantum, Akar-berakar raja Semarang; Orangnya cantik pandai berpantun, Datang ke mari tidak terbuang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Yang menggorang nan meratah, Nan berbuku nan berakar; Yang bertaring nan mengerkah, Yang berkuku nan mencakar.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tumbuh rebung hendak berbatang, Tumbuh rumput hendak berakar; Sungguh bersambung hendak berpanjang, Sungguh bertambun hendak lebar.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas