Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ak.si]/[be.rak.si] | براکسي

Definisi : 1. bertindak, bergerak melakukan sesuatu: pasukan keselamatan ~ membasmi pengganas-pengganas; 2. berlagak, berting­kah laku (yg menunjuk-nunjuk), bergaya: datangnya lambat, hendak ~ agaknya; 3. berpura-pura, buat-buat: ~ sahaja hendak menolong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ak.si]/[be.rak.si] | براکسي

Definisi : 1 bertingkah laku yg dibuat-buat; berlagak. 2 bergerak melakukan sesuatu; bertindak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beraksi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Dari segi laras bahasa iklan, bolehkah ayat-ayat ini digunakan? "Perodua, kembali mengancam." Mengancam di sini adalah seperti bahasa percakapan, yang bermaksud menarik. Dan "Perodua, kembali membawa aksi." Bolehkah kedua-dua ayat ini digunakan? Terima kasih.Ungkapan "Perodua, kembali membawa aksi" atau "Perodua, kembali beraksi" adalah gramatis berbanding dengan "Perodua, lebih mengancam". Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" dan ikutilah langkat yang seterusnya.Tatabahasa19.01.2012
1.Hasil penyiasatan itu membuktikan bahawa dia tidak terlibat dalam kes tersebut. 2.Sungguh tidak berperikemanusiaan dia menceritakan perkara itu kepada orang ramai. 3.Cita-citanya akan menjaid penyataan sekiranya dia lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. 4.Peminat bola sepak dapat menyaksikan bintang bola sepak England beraksi di Stadium Bukit Abdul Jalil. Keempat-empat ayat ada salah tak? Jika salah, sila menerangkan sebab Terima kasih

1. Ayat (1) betul

2. Ayat (2) betul

3. Ayat yang betul ialah Cita-citanya akan menjadi kenyataan sekiranya dia lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Pengunaan perkataan penyataan dalam ayat tersebut tidak betul kerana pernyataan membawa maksud kata-kata, tulisan dan sebagainya yang menyatakan sesuatu perkara. Manakala, kenyataan pula membawa maksud  perkara atau keadaan yang sebenar atau bukan khayalan, hakikat dan realiti.

4. Ayat (4) betul

Tatabahasa27.10.2021
Terima kasih di atas penerangan yang telah diberikan. Namun, perkataan "Immersive" dalam penerangan produk saya ini adalah amat penting bagi membezakannya dengan produk simulator yang lain. Untuk pengetahuan, terdapat beberapa jenis simulator maya yang telah dicipta. Antaranya adalah simulator maya yang biasa di mana peserta hanya merasakan diri berada di dalam alam maya tetapi tidak boleh membuat pilihan apa yang boleh dilakukan atau dilihat semasa di dalam alam maya tersebut. "Immersive" dalam konteks ini, dalam bentuk yang lebih mendalam, membenarkan peserta membuat pilihan aksi atau pandangan yang mereka mahu. Seolah-olah mereka bebas beraksi di dalam dunia maya tanpa batasan. Oleh kerana itu, perkataan "Immersive" tersebut amat penting bagi membezakan produk baru kami ini dengan simulator maya biasa yang lain. Sekiranya kami ingin juga menekankan perkataan "Immersive" tersebut, bagaimanakah kaedah terbaik bagi kami meletakkanya di dalam dokumen atau penerangan produk? Bolehkah kami menggunakan perkataan pinjaman "Immersive" atau "Imersif" bagi tujuan tersebut? Sama seperti perkataan kondusif yang dipinjam bagi menggantikan pernggunaan perkataan "condusive". Terima kasih.Berdasarkan penerangan teperinci yang tuan berikan mengenai konsep “immersive”, kami memahami terdapat perbezaan konsep antara simulator maya biasa dengan simulator yang tuan maksudkan. Memang benar, contoh pembentukkan perkataan kondusif dan eksklusif mewajarkan penggunaan “imersif” namun istilah ini belum ada lagi dalam pangkalan data DBP. Sehubungan itu, tuan boleh menggunakan perkataan “imersif” dalam dokumen dan penerangan produk sehingga ada istilah yang lebih tepat yang boleh menggantikan ‘imersif’.Istilah07.05.2014
selamat sejahtera Saya hendak tahu makna monodrama dengan terperinci dan sekiranya ada maklumat mengenai teknik dan cara mencipta skrip monodrama, mohon dikemukan sekali. terima kasih.Saudara yang bertanya,

1. Monodrama merujuk kepada drama monolog yang dilakonkan oleh seorang pelakon sahaja dan melakonkan lebih dari satu watak. monodrama ialah sebuah 'sole performance' dengan hanya berdiri pada kekuatan seorang pelakon sahaja menguasai pentas dan audience. Sebagai sebuah drama, persembahan monodrama juga diiringi dengan muzik latar, set, kostum dan tatarias bagi melengkapkan keperluan pelakon tersebut beraksi di pentas.

2. Skrip monodrama pula merupakan sbuah skrip yang lengkap sebagai sebuah cerita, juga mempunyai permulaan, klimak dan peleraian.
Sastera30.03.2012
maksud televisyen,video dan filem

Sdr. boleh membuat carian kata melalui kamus yang tersedia di laman khidmat DBP. Definisi bagi pertanyaan sdr. adalah seperti berikut;

Televisyen ; proses penyiaran gambar serta bunyi menerusi udara atau kawat dgn menggunakan alat yg dpt mengubah gambar dan bunyi menjadi gelombang elektrik dan mengubahnya kembali menjadi gambar dan bunyi pd alat penerimanya.

Video ; alat ~ alat utk merakamkan dan menayangkan filem dgn menggunakan pita (disalurkan melalui televisyen). 2 = pita ~ pita bermagnet utk merakamkan filem dr televisyen dsb. 3 = filem ~ filem yg telah dirakamkan pd pita video (dpt ditayangkan di televisyen

Filem ; benda tipis drpd seluloid yg dimasukkan ke dlm kamera utk membuat gambar (negatif); 2. gambar bergerak yg ditayangkan pd layar, biasanya di pawagam, wayang gambar: mereka selalu berbicara tentang cerita ~;~ bicara wayang bersuara (wayang gambar yg pelakon-pelakonnya berkata-kata); ~ berwarna wayang gambar dlm warna-warni; ~ bisu wayang gambar yg pelakon-pelakonnya tidak berkata-kata tetapi hanya beraksi;memfilemkan menjadikan filem, membuat cerita dlm bentuk filem: syarikat perfileman itu akan ~ kisah hidup P. Ramlee;perfileman (segala hal) mengenai filem (wayang gambar): perusahaan ~ itu dibiayai oleh orang Jepun; masalah ~.

Definisi adalah dirujuk dari Kamus Dewan.

Sekian. Terima kasih.

Lain-lain05.05.2008

Kembali ke atas