Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ak.si]/[be.rak.si] | براکسي

Definisi : 1. bertindak, bergerak melakukan sesuatu: pasukan keselamatan ~ membasmi pengganas-pengganas; 2. berlagak, berting­kah laku (yg menunjuk-nunjuk), bergaya: datangnya lambat, hendak ~ agaknya; 3. berpura-pura, buat-buat: ~ sahaja hendak menolong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ak.si]/[be.rak.si] | براکسي

Definisi : 1 bertingkah laku yg dibuat-buat; berlagak. 2 bergerak melakukan sesuatu; bertindak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beraksi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEATER

Teater ialah persembahan secara langsung yang

dilakukan di hadapan para penonton. Teater

melibatkan setiap bentuk hiburan, daripada sarkas

hinggalah kepada lakonan. Dalam istilah yang lebih

tradisional, teater ialah bentuk seni yang

melibatkan para pelakon beraksi berdasarkan

skrip. Pelakon, biasanya dengan bantuan seorang

pengarah, mentafsirkan watak dan situasi yang

dicipta oleh penulis drama. Persembahan

dilakukan di hadapan penonton di ruang yang

direka bentuk bagi tujuan itu.

UMUM 
BOLA SEPAK AMERIKA

Bola sepak Amerika ialah sejenis sukan

berpasukan yang menarik yang dimainkan

terutamanya di Amerika Syarikat dan Kanada.

Sukan ini dimainkan oleh pelajar di sekolah

rendah, sekolah menengah, kolej dan pasukan

profesional. Berjuta-juta orang membanjiri stadium

pada setiap musim perlawanan untuk melihat

pasukan pilihan mereka beraksi. Berjuta-juta lagi

peminat menonton perlawanan antara pasukan-pasukan

kolej dan pasukan yang bermain dalam

dua liga profesional yang utama, iaitu Liga Bola

Sepak Kebangsaan (National Football League – NFL)

Amerika Syarikat dan Liga Bola Sepak Kanada

(Canadian Football League – CFL) di televisyen.

Di Amerika Syarikat, bola sepak ini dimainkan

oleh dua pasukan yang setiap satunya mempunyai

11 orang pemain. Di Kanada, setiap pasukan

mempunyai 12 orang pemain. Setiap pasukan

mendapatkan mata dengan membuat larian dan

hantaran play (manuver) untuk membawa sebiji

bola yang lonjong melintasi garisan gol lawan.

Larian atau hantaran seperti ini menghasilkan

“touchdown”. Semasa permainan berlangsung,

kawalan bola berpindah tangan antara dua

pasukan tersebut. Pasukan yang memiliki bola ialah

pasukan penyerang. Pasukan yang satu lagi ialah

pasukan pertahanan. Pasukan pertahanan akan

cuba menghalang pasukan penyerang daripada

memungut mata.

UMUM 
DALANG

DALANG, pemimpin dan tukang cerita dalam wayang kulit. Dalang juga bertindak sebagai pemain segala peranan dalam cerita wayang kulit dengan menggunakan boneka yang diukir daripada kulit lembu, untuk melambangkan pelbagai watak dalam cerita daripada Ramayana, Mahabharata dan cerita panji. Dalang merupakan tokoh pencerita yang beraksi sambil bercerita, serta turut memainkan boneka tersebut. Dalang juga bertindak sebagai pawang sesuatu persembahan dengan melakukan jampi dan doa untuk keselamatan persembahan.

 

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas