Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ak.si]/[be.rak.si] | براکسي

Definisi : 1. bertindak, bergerak melakukan sesuatu: pasukan keselamatan ~ membasmi pengganas-pengganas; 2. berlagak, berting­kah laku (yg menunjuk-nunjuk), bergaya: datangnya lambat, hendak ~ agaknya; 3. berpura-pura, buat-buat: ~ sahaja hendak menolong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ak.si]/[be.rak.si] | براکسي

Definisi : 1 bertingkah laku yg dibuat-buat; berlagak. 2 bergerak melakukan sesuatu; bertindak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beraksi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
overactlebih lakonKesusasteraanTiadaBeraksi berlebih-lebihan sehingga tidak baik jadinya.
dramatic monologuemonolog dramatikKesusasteraanTiadaPuisi lirik yang memperlihatkan jiwa beraksi melalui percakapan satu watak dalam suatu situasi dramatik.
background projectionpancar latarPendidikanTiadaTeknik dalam persembahan yang aktornya beraksi di hadapan layar dan gambar tertentu ditayangkan dari belakangnya.
acting arearuang lakonKesenianDrama dan TeaterKawasan yang menjadi tempat pelakon beraksi.
setsetKesenianDrama dan TeaterRekaan binaan hiasan atau prop yang mempunyai bentuk tiga dimensi yang dibina di atas pentas untuk pelakon beraksi di atasnya.
flexionfleksiSains SukanBiomekanikPergerakan sendi sinovial yang mengurangkan sudut antara dua segmen anggota bersebelahan pada satah sagital. Contohnya, fasa fleksi siku (membengkok) semasa beraksi dalam acara tenis. Lihat juga sendi sinovial, satah sagital. Banding ekstensi.
monodramamonodramaKesusasteraanTiadaDrama yang dilakonkan oleh seorang pelakon sahaja. Drama ini boleh dianggap suatu monolog dramatik. Dalam monodrama, seorang pelakon boleh mengambil semua peranan dalam persembahan, iaitu beraksi, mengucapkan semua dialog dan menyanyi. Monodrama dikenali juga sebagai lakonan solo. Contoh monodrama daripada teater tradisional ialah Dalang Wayang Kulit, Tok Selampit dan Awang Belanga (Batil). Contoh lain ialah Emily of Emerald Hill oleh Stella Kon. Lihat juga monolog dramatik.
extensionekstensiSains SukanBiomekanikPergerakan sendi sinovial yang meningkatkan sudut antara dua segmen anggota bersebelahan pada satah sagital. Aksi pada sendi menyebabkan anggota kembali kepada posisi rujukan anatomi. Contohnya, fasa fleksi siku (melurus) semasa beraksi dalam acara tenis. Lihat juga satah sagital, posisi rujukan anatomi. Banding fleksi.
immersion techniqueteknik rendamanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSalah satu teknik dalam ultrasonik yang digunakan apabila sampel ujian dan prob direndamkan di dalam tangki yang berisi cecair untuk mengesan ketakselanjaran dalam bahan. Dalam kes ini, cecair tersebut beraksi sebagai bahan pengganding manakala prob berada pada jarak tertentu daripada spesimen.
demilitarized zone(DMZ)zon bebas tentera (DMZ)Teknologi MaklumatTiadaHos komputer atau rangkaian kecil yang diselitkan di antara rangkaian persendirian syarikat dengan rangkaian awam di luar sebagai "zon berkecuali". Zon ini menghalang pengguna di luar daripada mencapai pelayan yang mengandungi data syarikat secara terus. Zon ini merupakan pendekatan opsyenal dan lebih selamat berbanding tembok api. Ia juga beraksi dengan efektif sebagai pelayan proksi. DMZ mendapat nama daripada zon penimbal geografik yang dipasang di antara Korea Utara dengan Korea Selatan berikutan perang pada awal tahun 1950-an.
12

Kembali ke atas