Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.la.san]/[ber.a.la.san] | برالسن

Definisi : mempunyai alasan, ada asasnya, berdasarkan alasan, berasas: ia tersenyum, kerana leteran emaknya itu ~ kesihatan; tuduhan-tuduhan yg tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beralasan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan untuk "grounded theory"?Untuk makluman, istilah grounded theory tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah tersebut ialah teori bersebab atau teori beralasan.Istilah30.09.2012
Apakah istilah grounded theory dalam bahasa MelayuUntuk makluman, istilah grounded theory tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah tersebut ialah teori bersebab atau teori beralasan. Istilah07.05.2012
Grounded theory merupakan suatu pendekatan dalam kajian kualitatif di mana teori dibina berdasarkan data. Istilah 'teori beralas' digunakan di Indonesia. Bagi saya lebih sesuai 'teori berpasak' kerana teori dipasakkan ke atas data. Sesuaikah istilah ini digunakan?Cadangan padanan terjemahannya ialah teori bersebab atau teori beralasan. Walau bagaimanapun, saudara perlu melihat konsep dan takrifan teori tersebut dari segi bidang ilmunya.Lain-lain12.10.2009
Apa beza perkataan 'dakwaan' dengan 'pendakwaan'? Berikan makna dan contoh ayat untuk kedua-duanya sekali.Merujuk kepada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), memang ada perbezaan antara pendakwaan dengan dakwaan, iaitu: 

pendakwaan ڤندعواءن  
n proses atau perbuatan mendakwa, mendakwai atau mendakwakan:
Pendakwaan akan dilakukan thp premis-premis yg melanggar akta tsb.tMaka perkara hutang piutang, pendakwaan dsb diputuskan menurut adat istiadat negeri.tMereka marah sekali krn pendakwaan itu tidak beralasan.

dakwaan دعواءن  
n 1 tuduhan, tuntutan, aduan dsb yg dikemukakan di mahkamah utk dibicarakan: Syarikat kenderaan
itu diputuskan tidak bersalah atas dakwaan cuai.

2 hal atau perkara yg didakwa benar oleh sso atau sst pihak: Saiful menyiasat dakwaan orang mengenai isterinya. Dakwaan bahawa terdapat banyak kesalahan dlm perjanjian itu tidak munasabah sekali.
Lain-lain09.06.2021
Assalamualaikum, Saya ingin bertanyakan renting beberapa perkataan yang tidak dijumpai di Dalam kamus dewan akan maknanya. 1. Grounded Theory 2. Trustworthiness 3. Dependability 4. Confirmability 5. Transferability 6. Scientific Rigour Mohon cadangan perkataan yang sesuai untuk diterjemah ke Bahasa Malaysia. Serian terima Kasih. SOPIAN 0194892464

Cadangan padanan istilah seperti yang berikut:
1. Grounded Theory - Untuk makluman, istilah grounded theory tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah tersebut ialah teori bersebab atau teori beralasan.

2. Trustworthiness - kebolehpercayaan

3. Dependability – kebergantungan/kebolehharapan

4. Confirmability – sah/kesahan

5. Transferability – keterpindahan/kebolehpindahan

6. Scientific Rigour – ketegasan saintifik

Penyemakan dan penterjemahan26.10.2015

Kembali ke atas