Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.lih]/[ber.a.lih] | براليه

Definisi : 1. bergerak dr satu tempat ke tempat yg lain, pergi (ke tempat lain): dia ~ dr situ apabila orang itu berjalan menghampirinya; 2. berpindah (ke tempat, pusat pentadbiran, dll yg lain): dr Singapura, dia ~ ke Kuala Lumpur; pusat kuasa politik ~ dr Yedo ke ibu kota purba Kyoto; 3. bertukar (ke hala, tumpuan, tajuk atau perkara dll yg lain): pandangannya ~ kpd laki-laki itu; perbualan mereka ~ ke perkara lain pula; 4. berganti, bertukar, berubah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.lih]/[ber.a.lih] | براليه

Definisi : 1 bertukar ke tempat lain; berpindah: Pejabat tsb telah ~ dr Jalan Pudu ke Jalan Ampang. 2 berganti dgn yg lain; berubah kpd (dgn) sesuatu yg lain: Setelah selesai acara yg pertama, mereka pun ~ ke acara yg berikutnya pula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beralih

Puisi
 

Sayang senduduk di atas bukit,
     Pokok dedap sudah tumbang;
Beralih duduk jauh sedikit,
     Beralih cakap terasa bimbang.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Zaman beralih,
     musim bertukar.

Bermaksud :

Segala sesuatu (peraturan, hukum dan sebagainya) hendaklah disesuaikan dengan keadaan zaman.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KESULTANAN JOHORKESULTANAN JOHOR, institusi kerajaan Johor. Kesultanan Johor bermula daripada Kesultanan Johor-Riau-Lingga yang wujud sekitar abad ke-16. Pusat kerajaannya bermula di tanah besar Johor atau disebut juga 'Hujung Tanah' kemudian beralih ke Riau dan akhirnya sebelum berpecah, sultan bersemayam di Lingga.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
SIEGBAHN, KARL MANNE GEORG

Siegbahn, Karl Manne Georg (1886–1978) ialah

ahli fizik Sweden yang menerima Hadiah Nobel

tahun 1924 bagi bidang fizik kerana usahanya

tentang sinar-x dan kaedah analisis yang dikenali

sebagai spektroskopi sinar-x. Dia beralih daripada

minatnya dalam elektrik dan kemagnetan kepada

kajian tentang sinar-x pada tahun 1914. Dia mencipta

spektograf sinar-x jenis baru dan tiub sinar-x yang

bertambah baik. Dengan alat yang lebih tepat ini,

dia dapat mengukur dengan lebih jitu daripada

sebelumnya. Dia juga menyelidiki struktur dalaman

atom melalui kajiannya tentang spektrum sinar-x.

UMUM 
THOMSON, JAMES

Thomson, James (1700–1748) ialah penyair

Scotland yang amat disanjung pada tahun 1700-an

sebelum kemunculan Robert Burns. Pada tahun

1725, Thomson mengembara dari Scotland ke

London. Di London, dia menerbitkan maha karya,

The Seasons (1726 – 1730, edisi kedua 1744 – 1746).

Thomson menyimpang daripada gaya puisi lucu

tiruan semasa dan beralih kepada alam semula jadi

sebagai tema. Dia memberikan gambaran yang

jelas dan segar mengenai alam semula jadi dalam

rangkap tanpa rima yang padat. Gaya penulisan ini

membawa kepada gerakan romantik pada akhir

tahun 1700-an. Thomson lahir di Ednam, sebuah

daerah di tanah pamah Scotland. Dia menghasilkan

tragedi, puisi berjudul Liberty (1735 – 1736), dan

The Castle of Indolence (1748), puisi tiruan

berdasarkan karya Edmund Spenser.

UMUM 
TAWARAN BARU

Tawaran Baru ialah rancangan Presiden Franklin

D. Roosevelt untuk menyelamatkan Amerika Syarikat

daripada Kemelesetan Besar pada tahun 1930-an.

Tawaran Baru ini tidak menamatkan kemelesetan.

Namun rancangan ini melegakan kegawatan

ekonomi dan meneguhkan kepercayaan di kalangan

rakyat Amerika Syarikat terhadap sistem demokrasi,

manakala negara lain yang turut mengalami

kemelesetan beralih kepada kerajaan diktator.

Roosevelt mula menggunakan istilah tawaran baru

apabila dia menerima pencalonan jawatan presiden

oleh parti Demokratik pada tahun 1932. “Saya

menjanjikan satu tawaran baru untuk semua rakyat

Amerika Syarikat,” katanya.

UMUM 
SCHUSTER, SIR ARTHUR

Schuster, Sir Arthur (1851–1934) ialah ahli fizik

yang menyumbang terhadap penemuan elektron.

Dia mencadangkan bahawa kuasa pengaliran di

atmosfera atas bumi disebabkan oleh sinar

ultraungu dari matahari. Dia adalah profesor di

Manchester University, England, tempat dia

membina sebuah makmal. Schuster lahir di

Frankfurt am Main di Jerman, tetapi berhijrah ke

Manchester, England semasa berumur 19 tahun.

Pada mulanya dia menceburi bidang perniagaan,

tetapi kemudiannya beralih kepada bidang sains

yang dipelajarinya di Owens College, Manchester,

dan di University of Heidelberg, Jerman.

UMUM 
NABI ILIAS A.S.

Nabi Ilias a.s. ialah salah seorang daripada nabi

berketurunan Bani Israel. Nabi Ilias a.s. berasal

daripada zuriat Nabi Harun a.s. dan salasilah

keturunannya bertemu dengan keturunan Nabi

Ibrahim a.s. Allah SWT mengutuskan Nabi Ilias a.s.

kepada penduduk Ba‘labak iaitu kawasan barat

bandar Hims ketika kerajaan Bani Israel berpecah

selepas kewafatan Nabi Sulayman a.s. Kerajaan ini

berpecah disebabkan oleh perselisihan raja-raja

mereka kerana berebut kuasa, kekufuran dan

kesesatan yang meluas di kalangan mereka.

Mereka menyembah berhala bernama Ba‘la. Nabi

Ilias a.s. menyeru mereka supaya menjauhi amalan

menyembah berhala dan beralih kepada

menyembah Allah SWT sahaja, tetapi mereka

tidak menerimanya.

UMUM 

Kembali ke atas