Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.lih]/[ber.a.lih] | براليه

Definisi : 1. bergerak dr satu tempat ke tempat yg lain, pergi (ke tempat lain): dia ~ dr situ apabila orang itu berjalan menghampirinya; 2. berpindah (ke tempat, pusat pentadbiran, dll yg lain): dr Singapura, dia ~ ke Kuala Lumpur; pusat kuasa politik ~ dr Yedo ke ibu kota purba Kyoto; 3. bertukar (ke hala, tumpuan, tajuk atau perkara dll yg lain): pandangannya ~ kpd laki-laki itu; perbualan mereka ~ ke perkara lain pula; 4. berganti, bertukar, berubah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.lih]/[ber.a.lih] | براليه

Definisi : 1 bertukar ke tempat lain; berpindah: Pejabat tsb telah ~ dr Jalan Pudu ke Jalan Ampang. 2 berganti dgn yg lain; berubah kpd (dgn) sesuatu yg lain: Setelah selesai acara yg pertama, mereka pun ~ ke acara yg berikutnya pula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beralih

Puisi
 

Sayang senduduk di atas bukit,
     Pokok dedap sudah tumbang;
Beralih duduk jauh sedikit,
     Beralih cakap terasa bimbang.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Zaman beralih,
     musim bertukar.

Bermaksud :

Segala sesuatu (peraturan, hukum dan sebagainya) hendaklah disesuaikan dengan keadaan zaman.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kecek I(kécék) 1. Mn, Kl cakap, celoteh, borak: seorang yg cetek ilmu pengetahuannya lebih omong atau ~nya; ~ anak-anak celoteh anak-anak (budak-budak); banyak ~ banyak cakap, banyak mulut, (cerewet); beralih ~ beralih percakapan (kpd hal yg lain); habis ~ habis cakap (sudah selesai); 2. Kl, Tr tipu, kecoh; ~ anak Melaka prb gayanya spt orang yg berada padahal serba kekurangan (cakap tinggi tetapi tidak berisi); ~ bagai bunyi merendang kacang prb percakapan yg tidak keruan; ~ bagai ketiak ular prb percakapan yg tidak berkeputusan (berpanjang-panjangan); ~ berlauk-lauk, makan dgn sambal lada prb, Mn selalu menyombongkan kepandaiannya (kekayaannya dll) padahal bodoh (miskin dll); berkecek-kecek bercakap-cakap, berce­loteh, berbual-bual, berborak; mengecek 1. bercakap-cakap, berbual-bual, berborak-borak; 2. memujuk utk meminta (menyuruh berbuat) sesuatu: ibu bapanya hari-hari mendongeng, ~ dan memujuk dia supaya berkahwin; 3. menipu atau memperdaya (dgn kata-kata); sudah dikecek dikecong pula prb dua kali tertipu (terpedaya); mengecekkan 1. mempercakapkan, mem­perkatakan (hal orang lain); 2. memegahkan (kepandaiannya, kekayaannya dll); pengecek 1. orang yg suka mempercakap­kan hal orang lain; 2. (orang yg) pandai me­mujuk atau meminta-minta sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
beralih kecekberalih percakapan (kpd hal yg lain);Kamus Dewan Edisi Keempat
sesar; menyesar 1 bergerak atau beralih sedikit-sedikit. 2 ist beralih (bkn atom dlm sebatian kimia). menyesarkan 1 menjadikan beralih; mengalih. 2 ist mengambil tempat atau mengalih atom dlm sebatian kimia oleh atom lain: Zink lebih aktif drpd kuprum kerana zink dpt ~ kuprum dr larutan garam kuprum. tersesar telah beralih dr tempat asal. penyesaran perbuatan (proses dsb) menyesar atau menyesarkan (sesuatu).Kamus Pelajar Edisi Kedua
beralih rumahberpindah rumah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
beralih musimberganti musim.Kamus Pelajar Edisi Kedua
beralih haluanmengikut haluan yg baru.Kamus Pelajar Edisi Kedua
beralih angina. pergi ke sesuatu tempat utk berehat-rehat. b. bertukar tempat tinggal atau tempat kerja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
beralih akalberubah akal atau pendapat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
beralih1 bertukar ke tempat lain; berpindah: Pejabat tsb telah ~ dr Jalan Pudu ke Jalan Ampang. 2 berganti dgn yg lain; berubah kpd (dgn) sesuatu yg lain: Setelah selesai acara yg pertama, mereka pun ~ ke acara yg berikutnya pula.Kamus Pelajar Edisi Kedua
beralih rumahberpindah rumah;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas