Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.li.ran]/[ber.a.li.ran] | براليرن

Definisi : berhaluan pendapat (politik, pan­dangan hidup dll): lunas itu ~ utk mendirikan suatu negara sosialis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beraliran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERIKATAN NASIONAL INDONESIAParti politik beraliran nasionalis radikal di Indonesia.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PAS

PAS, parti politik Melayu beraliran Islam yang

ditubuhkan pada tahun 1951. PAS ialah

singkatan Parti Islam Se-Malaya. Pada tahun 1963,

nama parti ini dipinda kepada Parti Islam Se-

Malaysia.

UMUM 
HIZBUL MUSLIMIN

Hizbul Muslimin, parti politik beraliran Islam yang pertama di Tanah Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PARTI NASIONAL INDONESIA

PARTI NASIONAL INDONESIA, parti politik beraliran nasionalis radikal di Indonesia. Nama asal pertubuhan ini ialah Perserikatan Nasional Indonesia.  Parti ini ditubuhkan pada 4 JuIai 1927 oleh Sukarno dan rakan-akannya, Iskak Tjokrohadisurjo, Tjipto Mangunkusumo, Budhiarto, Soenarjo, Anwari, Sartono dan Samsi.  Mereka bergerak dalam Algemene Studieclub di Bandung.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKegiatan
MASYUMI

MASYUMI, parti politik beraliran Islam di Indonesia.  MASYUMI ialah singkatan Majlis Syuro Muslimin Indonesia.  Parti ini ditubuhkan pada 7 November 1943 di Yogyakarta dan merupakan gabungan daripada parti dan organisasi Islam sebelum Perang Dunia Kedua iaitu Muhammadiyah, Nahdatul Ulama (NU) dan Parti Sarekat Islam Indonesia (PSII).  Parti ini merupakan lanjutan daripada organisasi sebelumnya iaitu Majlis Islam A’laa Indonesia (MIAI) yang ditubuhkan pada tahun 1937.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKegiatan
KELAS KHAS MELAYU

KELAS KHAS MELAYU, kelas peralihan untuk pelajar Melayu dari sekolah rendah Melayu melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah beraliran Inggeris.  Kelas ini bermula pada tahun 1921.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas