Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.lur]/[ber.a.lur] | برالور

Definisi : 1. ada alurnya, berlekuk, berlurah: laras senapang itu ~; 2. Mn bermesyuarat (mencari jalan yg benar); habis ~ maka beralu-alu prb jika dgn jalan mesyuarat tidak tercapai persetujuan, baharulah digunakan kekerasan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.lur]/[ber.a.lur] | برالور

Definisi : ada alurnya; berlurah: Bahagian tepi permukaan meja itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beralur


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
skruscrewPaku yang beralur batangnya, yang dimasukkan ke dalam sesuatu dengan memutarkannya. Lihat RajahSekolah Rendah
gigi gerahammolar toothGigi yang beralur dan berbilang akar, terletak di bahagian belakang rahang dan bersebelahan dengan gigi geraham kecil. Gigi geraham berfungsi untuk melumatkan makanan.Sekolah Rendah
boltboltBatang logam yang mempunyai kepala di hujungnya dan beralur pada hujung yang satu lagi. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas