Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ramai (adjektif)
1. Bersinonim dengan bising: riuh, hiruk, hingar, riuh-rendah, hiruk-pikuk, gegak-gempita, hingar-bingar, laguh-lagah, becang-becok,
Berantonim dengan sunyi

2. Bersinonim dengan meriah: ceria, gembira, riang gembira,
Berantonim dengan sugul

3. Bersinonim dengan giat: aktif, cergas, sibuk, racau,
Berantonim dengan lembap

4. Bersinonim dengan hebat: dahsyat, luar biasa,

5. Bersinonim dengan banyak: sejumlah besar, berbondong-bondong, berpusu-pusu, bersesak-sesak, berduyun-duyun, berasak-asak, berhimpit-himpit,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : seramai, beramai-ramai, meramaikan, keramaian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(1) Salam tuan...sering kali kita mendengar orang menggunakan perkataan 'potluck' untuk makan beramai-ramai.Apa istilah bahasa Melayu yang paling tepat untuk menggantikan perkataan ini? Begitu juga perkataan 'check point' untuk acara merentas desa. (2) Kebiasaan saya dapati orang menulis b. untuk bin dan bt. untuk binti.Adakah cara penulisan tersebut betul?Harap dapat membantu.T.kasih tuan.1. Istilah bahasa Melayu untuk "potluck" ialah juadah bawaan.
2. Istilah untuk "check point" ialah tempat pemeriksaan.
3. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan singkatan untuk bin dan binti ialah b. dan bt.
Istilah28.04.2012
saya ingin kan penjelasan maksud dan juga penngunaan dalam ayat bagi perkataan-perkataan berikut:- i) merudum ii) merundum iii)merundung

1. ejaan yang betul ialah merudum yang bermaksud berlari beramai-ramai atau jatuh atau merosot dgn teruknya contoh ayat: nilai ringgit merudum kerana diserang oleh pedagang mata wang

2. merundung bermaksud  mengacau, mengganggu, menyusahkan: ia merundung suaminya dengan meminta dibelikan itu dan ini.

Tatabahasa02.10.2011
Adakah ayat-ayat berikut betul? 1. Saya bermandi-manda di tepi pantai. 2. Saya mengutip siput di pantai. 3. Saya berenang di tepi laut. 3. Saya berenang di laut. 4. Saya menyiram pokok bunga di halaman. 5. Saya menyiram pokok bunga di halaman rumah. (mengikut kamus dewan, halaman membawa maksud perkarangan rumah.) Terima kasih.1. Saya bermandi-manda di tepi pantai. Ayat ini kurang tepat kerana lazimnya perbuatan mandi-manda dilakukan beramai-ramai.
2. Saya mengutip siput di pantai. Betul.
3. Saya berenang di tepi laut. Ayat ini kurang tepat.
3. Saya berenang di laut. Betul.
4. Saya menyiram pokok bunga di halaman. Betul.
5. Saya menyiram pokok bunga di halaman rumah. Ayat ini juga telah mantap dan banyak digunakan dalam wacana.
Tatabahasa16.10.2014
adakah kata-kata ganda berikut boleh diterima? 1. makanan-makanan 2. biskut-biskut 3. kerepek-kerepek 4. tangan-tangan 5. lelaki-lelaki 6. benda-benda Kalau sesetengah kata ganda tidak boleh diterima. Apakah sebabnya? Adakah semua benda atau kata nama boleh digandakan? Apakah syarat untuk menggandakan sesuatu perkataan? Sekian, terima kasih.Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Perkataan dalam contoh yang diberikan boleh digandakan. Sungguhpun begitu, tidak semua kata boleh digandakan.

Untuk makluman, kata ganda hanya ada 3 jenis sahaja, iaitu:  

Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar jenis kata nama tanpa sebarang perubahan bentuk, contoh : buku-buku dan sekolah-sekolah. 
Kata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar, contoh : gegelang, sesiku dan sesumbu. 
Kata ganda berirama/berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar jenis kata nama mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar, contoh : kuih-muih, kayu-kayan dan saudara-mara. Kata ganda berimbuhan ialah menambah imbuhan awalan pada kata dasar yang diulang, contoh : beramai-ramai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa12.09.2017

Kembali ke atas