Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.Öa.mal]/[be.ra.mal]/[ber.a.mal] | برعمل

Definisi : 1. berbuat amal, berbuat kebajikan: ia seorang yg suka ~; 2. = ~ ibadat mengerja­kan amal ibadat: tebal imannya dan rajin ~; 3. melakukan sesuatu sbg suatu kebiasaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.Öa.mal]/[be.ra.mal]/[ber.a.mal] | برعمل

Definisi : 1 melakukan sesuatu utk kebaikan (spt berderma, memberikan bantuan). 2 melakukan sesuatu supaya menjadi kebiasaan atau supaya mahir. 3 = ~ ibadat mengerjakan amal ibadat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beramal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Bagaimanakah suntingan yang setepatnya untuk ayat-ayat keagamaan berikut? Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beramal soleh). Apakah istilah yang sesuai untuk menggantikan 'Demi sesungguhnya'?Mengikut konteks agama, ayat yang berunsur sumpah didahulukan kata "demi" untuk penegasan.Lain-lain05.10.2020
Soalan no.1 Tuan, selepas titik bertindih, adakah maklumat selepas itu mesti dimulakan dengan huruf besar? Contoh: Calon seharusnya dapat: (a) Mentakrifkan hadith marfu‘, mawquf, dan maqtu‘; (b) Mengemukakan pendapat ulama tentang hukum beramal dengan hadith marfu‘, mawquf, dan maqtu‘. Soalan no.2 Bagaimana dengan tanda baca pada setiap poin. Perlu diletak tanda noktah atau koma bertitik?Penggunaan huruf besar pada setiap permulaan ayat (i), (ii) dan (iii) yang menggunakan tanda titik bertindih (:) adalah untuk menunjukkan keterangan yang boleh berdiri sendiri. Jika saudara menggunakan tanda koma bertitik (;) perlulah menggunakan huruf kecil pada setiap permulaan ayat (i), (ii) dan (iii) kerana ayat tersebut merupakan satu kesatuan. Ringkasnya, penggunaan huruf besar atau huruf kecil pada permulaaan ayat yang menggunakan (i), (ii) dan (iii) bergantung pada penggunaan tanda titik bertindih (:) ataupun tanda koma bertitik (;). Jika saudara menggunakan tanda titik bertindih (:), maka permulaan ayat perlu menggunakan huruf besar. Jika menggunakan tanda koma bertitik (;) perlu menggunakan huruf kecil pada permulaaan ayat.Tatabahasa28.02.2013
Salam sejahtera tuan. Adakah ayat-ayat berikut betul? 1) Petani itu menaburkan baja untuk anak-anak pokok yang baru ditanamnya itu. 2) Abang Man menarik tali belati itu sehingga putus. 3) Lembu peliharaan Pak Mail itu dikirakan banyaknya. 4) Datuknya amat kuat beramal. Sekian, terima kasih.

Ayat yang betul ialah seperti yang berikut:

 

1) Petani itu menaburkan baja untuk anak-anak pokok yang baru ditanamnya itu.

2) Abang Man menarik tali belati itu sehingga putus.

3) Lembu peliharaan Pak Mail itu dikira banyaknya atau Pak Mail mengira lembu peliharaannya supaya dapat diketahui jumlahnya.

4) Datuknya amat kuat beramal.

Tatabahasa05.12.2021
1. Manakah yg betul? i. Apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus. ii. Apa-apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus. 2. Apakah maksud 'telejariah' ? Terima Kasih.

 1. Kedua-duanya betul.

2. "Telejariah" merupakan istilah khusus yang digunakan oleh mana-mana institusi kewangan Islam untuk menawarkan khidmat beramal jariah melalui telefon.

Lain-lain20.08.2009
apakah maksud pincangan?Perkataan pincangan tiada dalam data kami. Perkataan yang hampir ialah pincang iaitu tempang (kaki atau jalannya), incut; 2. ada kekurangannya (cacatnya dll), tidak seimbang, tidak setimpal, tidak sebagai yang sepatutnya (keadaan dll): manusia terjepit kerana susunan masyarakat yang kucar-kacir dan ~ itu; 3. tidak tetap peraturan jalannya atau bunyinya (enjin kereta, jam, dll); ~-pincung tidak teratur (perjalanannya); memincangkan menyebabkan pincang: beramal tanpa ilmu boleh merosakkan diri dan berilmu tanpa amal akan ~ hidup; kepincangan 1. perihal pincang: sebetulnya ~ ekonomi dan sosial di Eropah menyebabkan separuh negeri di sana condong kpd komunis; 2. keadaan yg tidak seimbang atau tidak sbg yg sepatutnya, kekurangan, cacat cela.Makna01.02.2013
Salam. saya ingin bertanya tentang "Ulama". Seseorang individu hendak menjadi atau digelarkan sebagai ulama, individu berkenaan perlu mempunyai pendidikan islam dalam degere, master atau PhD? Atau ia perlu menduduki peperiksaan khas atau mendapat kelulusan Board baru boleh digerkan sebagai ulama? Sekian Terima Kasih. SawMenurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) kata ulama bermaksud orang yang mahir atau yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang agama Islam. Sungguhpun begitu, bukan sebarang orang boleh digelar ulama. Gelaran ini diberikan kepada tokoh yang bukan sahaja mempunyai ilmu yang lebih tinggi dan mendalam mengatasi sarjana atau ilmuan di universiti sekarang, malah mencintai ilmu, beramal soleh dan berkeperibadian unggul. Contohnya Abu Abdullah Muhammad bin Idris al-Syafi’e atau yang sering disebut Imam Syafi’e. Beliau bukan sahaja arif dalam ilmu agama tetapi memiliki sifat amanah, zuhud, warak, takwa, dermawan dan baik tingkah lakunya.

Namun, terdapat juga penggunaan kata ulama dalam masyarakat Melayu di negara ini yang merujuk gelaran kepada seseorang yang pandai dalam agama dan politik.
Makna29.09.2023
saya ingin dapatkan madah yang indah tentang menuntut ilmu atau pendidikanKelebihan Ilmu Ilmu itulah gemala sakti,Sinarnya cerah cahaya sejati,Asalnya puncanya lamun didapati,Sukar bercerai sehingga mati. Harganya tidak dapat ternilaikan,Sebuah dunia belinya bukan,Kuasanya besar sukat digunakan,Di laut, di darat, di rimba, di pekan. Masa seorang ialah taulan,Teman berbeka, suluh berjalan,Masa berhimpun ia pengenalan,Hias penyata polan si polan. Bagi yang duka ia penghibur,Ia penerang bagi yang kabur,Ialah kandil di dalam kubur,Lamun dengannya beramal subur. Ia penerang jalan ke syurga,Ia pemuas tekak yang dahaga,Ialah sungai, ialah telaga,Laut yang luas ialah juga. Ialah alat sangat berguna,Idaman orang yang bijaksana,Hamparnya luas amat saujana,Tepinya ajal sempadannya fana.  (Pendeta Za’ba,) Lain-lain26.07.2008

Kembali ke atas