Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ran.da] | برندا

Definisi : 1. ruang terbuka yg berbumbung dan berlantai di bahagian depan atau tepi rumah: kerusi dan meja telah teratur di ~ muka utk menerima tetamu; 2. ark sj bilik dlm perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ran.da] | برندا

Definisi : 1 ruang beratap tetapi tidak berdinding, di bahagian depan atau di sisi rumah (tempat berehat-rehat dsb). 2 bilik dlm perahu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beranda


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamu'alaikum. Soalan saya berkaitan istilah beranda rumah dalam dailek Terengganu. Setahu saya dan saya biasa dalam perbualan harian menggunakan 'Lambo' yang merujuk pada perkataan beranda rumah. Saya membuat pencarian di prpm, namun tidak saya temui. Paling dekat yang saya jumpa dalam prpm adalah 'Lambung' yang membawa maksud 'tepi (kapal, badan, rumah). Adakah perkataan 'Lambo' asalnya daripada perkataan 'Lambung'?

Untuk makluman belum ada istilah dialek Terengganu bagi maksud Lambo dalam sistem PRPM kami. Walau bagaimanapun, istilah Lambo membawa maksud beranda. Manakala Lambung pula bermaksud 'tepi (kapal, badan, rumah). Maka Istilah Lambung dan Lambo memberikan dua maksud yang berbeza dan istilah lambung bukan berasal daripada dialek Terengganu atau perak iaitu Lambo.

Makna16.02.2016
Salam sejahtera, apakah padanan kata yg sesuai bagi kata "balcony"? Adakah "balkoni" atau "beranda"? Mohon jawapannya. Terima kasih.Terdapat perbezaan makna bagi perkataan "balkoni" dan "beranda". Berikut merupakan definisi untuk perkataan-perkataan tersebut:

BALKONIDefinisi : 1. anjung kecil pd tingkat atas rumah bertingkat (sbg tempat berangin); 2. tempat duduk di tingkat atas pd panggung wayang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

BERANDA: Definisi : 1. ruang terbuka yg berbumbung dan berlantai di bahagian depan atau tepi rumah: kerusi dan meja telah teratur di ~ muka utk menerima tetamu; 2. ark sj bilik dlm perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Oleh itu, tuan boleh menggunakan perkataan-perkataan ini mengikut kesesuaian.
Penyemakan dan penterjemahan13.10.2019
adakah betul padanan jenis vokal dengan kata yang mengandungi vokal tersebut ? 1. vokal tengah = beranda 2. vokal belakang sempit = tulus 3. vokal depan separuh sempit = kole 4. vokal belakang separuh sempit = tolong

Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami, walau bagaimanpun kami cadangkan saudara rujuk buku yang berkaitan dengan fonetik seperti:

Fonetik dan fonologi bahasa Melayu,PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., 2008

Fonetik dan fonologi,Gramedia Pustaka Utama, 1998

Pengenalan fonetik dan fonologi,Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006

Tatabahasa26.08.2011
Permohonan saya untuk memasang papan tanda (signboard) restoran saya dengan nama dalam bahasa inggeris tidak lulus sebelum ini,pihak tuan meminta supaya disertakan terjemahan.Saya agak keliru kerana terdapat banyak restoran dan premis dengan nama atau jenama dalam bahasa inggeris tanpa terjemahan.Nama restoran saya 'Verandah' bermaksud beranda dalam bahasa melayu.Perlukah saya tulis terjemahan sekali pada papan signboard tersebut.Perkataan yang diminta untuk diterjemahkan bukan nama Verandah tetapi keterangan tambahan di bawah itu, iaitu The Malaysian & Western Cuisine.Lain-lain30.03.2017
Apakah perbezaan gerai dan warung?Tiada perbezaan makna yang ketara antara gerai dan warung. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) mentakrifkan:

gerai1

kata nama ruangan atau kedai kecil yg ringkas, biasanya mengandungi kerusi dan meja tempat meletakkan, mempamerkan atau menjual barang, makanan, pakaian dsb:
Di tepi jalan itu terdapat sederetan gerai yg menjual buah-buahan.◊gerai makan;◊gerai cenderamata;

2 tempat duduk atau tempat berbaring-baring yg dibuat drp kayu atau buluh, berbentuk spt meja rendah yg lebar, dan biasanya diletakkan di bawah pokok, di beranda dsb;

klasik pelamin.

gerai2 kata nama penggerai; kata kerja transitif  2 lihat menggerai;

warung kata nama kedai kecil tempat menjual makanan dan minuman: Dia mahu warung kopinya yg beratapkan rumbia dan berdindingkan anyaman buluh itu bertukar wajah menjadi bangunan drp batu konkrit.

Secara umumnya, warung menyediakan ruang untuk pengunjungnya bertemu, berbual, berehat dan sebagainya, biasanya menyediakan minuman dan makanan, manakala gerai pula merupakan ruangan yang terhad dan menjual barangan tertentu dengan kuantiti yang tidak banyak.
Makna13.04.2023

Kembali ke atas