Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.né.ka]/[ber.a.né.ka] | برانيک

Definisi : berjenis-jenis, bermacam-macam: buku ini mengandungi latihan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.né.ka]/[ber.a.né.ka] | برانيک

Definisi : banyak jenisnya (coraknya dll); berbagai-bagai; berjenis-jenis: sekolah ~ jurusan; ~ ragam berbagai-bagai ragam; ~ warna bermacam-macam warna. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beraneka


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Adakah istilah "seribu satu" bermaksud "beraneka"? Contohnya: "Seribu satu ragam manusia." Terima kasih.Salam, tuan/puan, sekiranya kita merujuk ayat "Seribu satu ragam manusia" atau "Hikayat seribu satu malam" jelas membawa makna "beraneka". Walau bagaimanapun, penggunaan "seribu satu" tidak semestinya membawa maksud "beraneka" kerana istilah ini digunakan dalam sastera/kreatif dan perlu memahami makna keseluruhan ayat yang ingin disampaikan.Tatabahasa18.12.2014
Adakah ayat ini menuruti nahu Melayu baku: 'Ketahuilah hai pemuda, walaupun raga rakyat negara ini beraneka jenis warna dan bentuknya, mereka tetap bersatu menuturkan bahasa yang sama.'Ayat tersebut kurang tepat. Ayat yang betul ialah: Ketahuilah wahai pemuda, walaupun rakyat negara ini berbilang bangsa, mereka tetap bersatu menuturkan bahasa yang sama.Tatabahasa27.10.2018
Tuan, saya difahami bahawa tidak boleh muncul dua perkataan kata ganda dalam satu ayat kerana telah membawa maksud jamak : contoh - berbagai-bagai jenis kuih-muih - salah. kerana berbagai-bagai bermaksud beraneka jenis, kuih-muih bermaksud : banyak kuih. Dalam pada ini, saya ingin bertanya ayat ini: Aminah menggantung gambar-gambar tokoh-tokoh negara pada dinding. Ayat ini adakah betul? Dalam ayat ini, saya ingin mengatakan bahawa Aminah menggantung gambar beberapa orang tokoh negara, dan gambar bagi setiap tokoh negara melebihi satu keping. Oleh itu, frasa ini : gambar-gambar tokoh-tokoh negara, adakah betul? Harap pencerahan. Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu.

Ayat yang betul ialah Aminah menggantung gambar-gambar tokoh negara pada dinding atau Aminah menggantung gambar tokoh-tokoh negara pada dinding.

Tatabahasa31.10.2021
Tuan / Puan, Saya ingin mencari istilah Bahasa Melayu yang digunakan bagi perkataan-perkataan dibawah: 1. Rich Internet Applications (RIA) 2. Civil Engineer 3. Architect 4. Soil Analyst 5. Mechanical Engineer 6. Electrical Engineer 7. Pilot 8. Aeronautical Engineer 9. Television Technician 10. Lighting Equipment Operation 11. Glass Product Decorator Khidmat daripada pihak Tuan / Puan amat saya hargai. Terima Kasih. Salam hormat, Nur Shalihah binti Muhdi Kolej Olympia Johor Bahru

1. Rich Internet Applications (RIA) - Aplikasi Internet Beraneka (cadangan)

2. Civil Engineer - Jurutera Awam

3. Architect - Arkitek

4. Soil Analyst - Juruanalisis Tanah 

5. Mechanical Engineer - Jurutera Mekanikal

6. Electrical Engineer - Jurutera Elektrikal

7. Pilot - Juruterbang

8. Aeronautical Engineer - Jurutera Penerbangan

9. Television Technician - Juruteknik Television

10. Lighting Equipment Operation - Operasi peralatan lampu (cadangan)

11. Glass Product Decorator - Juruhias produk kaca (cadangan)

Istilah30.11.2011
Assalamualaikum wr.wb. dan salam 1Malaysia, Tuan, Saya ada beberapa soalan. 1. Apakah maksud serta perbezaan kata berikut: -Pelan Strategi -Pelan Taktikal -Pelan Operasi -Pelan Tindakan 2. Apakah pula maksud serta perbezaan kata berikut: -Teknik -Cara-cara -Kaedah -Pendekatan 3. Apa pula perbezaan kata: -Rangkai kata -Sari kata -Kota kata 4. Apakah maksud 'keanekaragaman susuk ayat'? Mohon penjelasan dengan segera. Terima kasih. Wassalam Ahmad Nasrun Kudat Sabah 2.

1. Pelan strategi bermaksud rancangan yg teratur (yg memperhitungkan pelbagai faktor) utk mencapai matlamat atau kejayaan. Pelan taktikal berkaitan dgn taktik yg digunakan utk menjayakan sesuatu rancangan atau mencapai tujuan.  Pelan operasi berkait dengan perjalanan atau kegiatan yang dilaksanakan. Pelan tindakan ialah langkah-langkah tindakan yg diambil utk mencapai sesuatu tujuan.

2. Teknik - 1. pengetahuan yg berkaitan dgn pembuatan barang-barang hasil industri (spt jentera, kenderaan, bangunan, dll): kita sekarang hidup dlm zaman ~ dan sains; 2. kaedah mencipta sesuatu hasil seni (muzik, karang-mengarang, dll): ~ melukis sedikit sahaja diajar di sekolah rendah. Cara-cara - 1. berbagai-bagai cara; 2. aturan-aturan, contoh-contoh; 3. upacara.  Kaedah -  cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yg bersistem atau yg biasa); ~ mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu). Pendekatan - 1. perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka.

3. Rangkai kata ialah kelompok beberapa kata. Sari kata ialah terjemahan dialog dlm filem yg disiarkan serentak dgn tayangan filem berkenaan. Kota kata (yang tepat ialah mengotakan) bermaksud menepati (melaksanakan) janji dll.

4. Keanekaragaman susuk ayat bermaksud bentuk atau susunan ayat yg beraneka ragam.

 

Istilah02.03.2010

Kembali ke atas